Monday, November 2, 2009

[Lawaklah]Berita ini memalukan rakyat Negeri Terengganu..


KUALA TERENGGANU: Memang sukar untuk dipercayai tetapi kini percayalah - bau badan (body odour), adegan seks dan baju tidur yang membosankan (boring pyjamas) telah dikenalpasti sebagai punca kenaikan kadar perceraian di negeri ini.

Untuk itu, Kerajaan Negeri Terengganu sedang merangka satu cara inovasi untuk memperbaiki hubungan kelamin di antara suami-isteri khususnya di kalangan mereka yang baru berkahwin.

Paling utama dalam senarai inisiatif baru ini ialah untuk menjemput syarikat-syarikat kosmetik untuk memperkenalkan bau-bauan yang eksotik yang mampu menimbulkan rasa ghairah.

Malah kerajaan negeri juga ingin mencadangkan supaya pasangan suami-isteri lebih kerap bermandi bersama sebagai salah satu jalan untuk mengukuhkan jalinan mesra mereka.

Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Agama dan Penerangan Negeri Terengganu, Muhammad Ramli Nuh percaya, langkah ini akan mampu mengurangkan kadar perceraian di kalangan masyarakat Islam di negeri ini khususnya di kalangan pasangan muda.

Bercakap kepada akhbar The Star semalam, beliau mendedahkan bahawa apa yang membimbangkan sekarang ialah setiap tiga dari 10 perkahwinan di negeri ini berakhir dengan perceraian.

Beliau menambah, perpisahan kini menjadi satu trend yang sangat ketara di kalangan pasangan yang berusia di antara 25 hingga 30 tahun.

Muhammad Ramli berkata, apa yang mengejutkannya ialah apabila beliau mendapati, pasangan yang telah berkahwin di bawah lima tahun dan kini berada diambang perceraian menyatakan bahawa perlakuan seks yang rutin dan bau badan yang keterlaluan adalah punca utama mengapa mereka hendak bercerai.

Malah beliau juga terkejut apabila dimaklumkan oleh para kaunselor nikah kahwin, yang terdapat juga suami-isteri yang mengadu mereka jemu melihat cara pasangan mereka mengenakan baju tidur yang tidak memberansangkan malah pada kebanyakan masa hanya mengenakan kain sarung dan kemeja t sehingga menjemukan sehingga membawa kepada hilangnya keghairahan untuk mengadakan hubungan kelamin.

“Saya tahu satu kes itu pasangan berkenaan bercerai hanya kerana salah seorang daripadanya mempunyai bau badan seperti keropok ikan,” katanya.

Oleh yang demikian, katanya, kerajaan negeri melalui Lembaga Pembangunan Keluarga Negeri akan meminta bantuan syarikat-syarikat kosmetik untuk memperkenalkan pewangi khas untuk pasangan-pasangan yang bermasalah ini dengan harapan ini akan membantu mengekalkan perkahwinan mereka.

“Saya juga ingin menggalakkan pasangan yang baru bernikah ini supaya mengamalkan mandi bersama kerana saya pernah bertemu dengan satu pasangan dari Kelantan yang masih lagi mandi bersama walaupun mereka telah menjadi datuk dan nenek dan perkahwinan mereka kekal bahagia sehingga ke hari ini,” ujarnya.

Mungkin, katanya, semua pengalaman ini patut dijadikan satu daripada kurikulum yang perlu diperkenalkan kepada pasangan yang akan menghadiri kursus perkahwinan di Negeri Terengganu.

Muhammad Ramli turut menambah bahawa pihaknya juga sedang mencari konsultan yang dapat memberi tunjuk ajar kepada pasangan yang telah berkahwin mahupun yang akan berkahwin bagaimana hendak menghias diri agar kelihatan menarik dan segar mata memandang.

~peja~

apa komen warga smaij?

~peja~

Friday, October 30, 2009

Facebook lawan Blogspot..sapa menang ?..hehe



Makin lama blog makin slow...besar sungguh pengaruh facebook...hehehe!

Jom ajok saing2 SMAIJ94 masuk facebook,,jangan risau lah..dua2 produk Yahudi...kita ambil yang mana ada manfaat :-)

Adios

~peja~

Monday, June 22, 2009

Jemput melawat ke 'rumah' baru

Salam all,

Aku dedicate my passion and hobi masa lapang dalam satu portal web..masih dalam peringkat beta a.k.a trial...jadi dijemput kepada semua pengunjung smaij94@blogspot.com dan rakan-rakan lain datang melawat ke


I would like to receive any feedback from outside... It won't be a big deal, just for fun!

Anyone who are interested in this project, please give me some ideas to improve this site in whatever your expertise...writing articles, web development, advertising etc...

anyone ??


~peja~
Montreal

Friday, June 19, 2009

Keajaiban ciptaan Tuhan





Subhanallah! Maha Suci Allah yang menciptakan alam ini!
Menikmati keindahan Niagara Falls di sempadan antarabangsa Ontario, Kanada-US

Wednesday, June 10, 2009

Perkembangan terbaru isu Bahasa Inggeris dan PPSMI

Nampaknya kepimpinan baru di bawah Kementerian Pelajaran Malaysia sedang mengambil langkah positif untuk memajukan Bahasa Inggeris di Malaysia. Caranya ialah dengan meletakkan syarat WAJIB LULUS Bahasa Inggeris dalam SPM.

Aku setuju dengan cadangan ini dengan syarat PPSMI DIHAPUSKAN.


Oh ya, Prof Dr. Farida Habib Shah (dulu UKM, sekarang kat UTAR) ada membuat soalan susulan mengenai PPSMI untuk sama-sama fikirkan. Antara petikan surat beliau ialah:

#1
From my observation, Science graduates from UKM ( yang dilatih dalam BM sepenuhnya) were never at a disadvantage, as the good ones (with good grades) went on to do their postgraduate studies in Britain, Australia, etc. At no time did we feel that our students' capabilities and scientific knowledge (content) were compromised because of the medium of instruction.

#2
So, let me put the questions to parents (mostly in urban areas) and the relevant authorities: why this obsession with teaching 6- or 7-year-olds and older children Science and Maths in English when the medium of instruction of education is Malay or (in vernacular schools) Chinese and Tamil? If Chinese schools have decided to maintain the teaching of Science and Maths in Chinese, why can't the national schools teach in Bahasa Malaysia?

#3
Why teach Maths and Science in English? What do we expect these students to achieve? Do we want to teach Science and Maths so that students competence in English will improve as an additional important language? Or do we think that by using English, the students' command of Science and Maths will improve?

#4
There must be a clear focus on English language goals as well as goals within the command of Maths and Science curriculum. If it is the former, then teaching Science and Maths is not the solution. If it is the latter, then it is again not true. If it is the former that we are worried about, surely the answer would be to teach and learn English as a second language. We can increase the teaching hours for English from seven to 15 hours per week, change the method of pedagogy, teach more grammar and communication skills, etc.

#5
On the other hand, those who think that Science and Maths are better taught and learnt in English are not aware that Science and Maths are not learned by memorising facts.

Ok, ini sebahagian. Selanjutnya sila lah baca sendiri di SINI

Kelihatan semakin ramai SAINTIS dan PAKAR memberi pandangan masing-masing tentang isu ini. Kesimpulan awal, isu PPSMI bukan isu remeh yang boleh dibincang tanpa sebarang nilai akademik.

Mudah-mudahan Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Pelajaran membuat keputusan yang tepat.

~peja~

Saturday, May 30, 2009

Rahsia Orang Cina Belajar Matematik

Kadang-kadang hairan juga kita tengok rakan-rakan kita berbangsa cina belajar math. Tidak dinafikan ada juga yang tak cemerlang, tapi purata mereka agak terkehadapan berbanding bangsa lain, mungkin boleh 'challenge' Russian atau Poland yang maju matematik mereka. Buku ini mungkin boleh dijadikan panduan kepada kita untuk mendidik anak-anak agar lebih terer sikit matematik berbanding mak ayahnya 'yang sedang-sedang saajaaa' (ikut rentak dangdut) :-)

Antara tajuk menarik dalam buku ini ialah:

>>How Have Chinese Students Performed in
Mathematics? A Perspective from Large-Scale
International Comparisons

>>Thinking Mathematically by Chinese Learners:
Cross-National Comparative Perspective

>>A Chinese Cultural Model of Learning

>>The “Two Basics”: Mathematics Teaching and
Learning in Mainland China

>>How Do Chinese Learn Mathematics? Some
Evidence-Based Insights and Needed Directions

dan banyak lagi. Buku ini tebalnya 570 mukasurat. Banyak ilmu-ilmu teknikal dan non technical di dalamnya yang boleh dipelajari. Sapa berminat sila respon

Sekian
~peja~