Thursday, May 22, 2008

Alahaii

Ada dua benda yang sangat mengujakan di pagi Khamis yang mulia ini. hehe..Pertama , pagi tadi Manchester United menang Champion League. Aku gagahkan juga bangun dari tempat tidur turun ke kedai mamak area umah aku semata-mata nak tengok pasukan favourite beraksi. (almaklum sajalah, Ananda Krishnan letak bill Astro mahal sangat..x mampu den ) Fuhh!! sangat dramatik...best giler!..rugi sapa tak nengok!..hehe..


Yang kedua, pagi-pagi lepas subuh cam biasalah selak akhbar online dan jenguk-jenguk blog. Aku cukup tertarik dengan pendedahan Tun Mahathir dalam blog beliau. Selepas keluar UMNO ni makin lama makin mengganas pulak Tun yang sorang nih. Lepas satu satu kejutan..Kuat betul memori Tun yang dah berusia 82 tahun kalu x silap..


Aku rasa elok jugak kita layan perkembangan politik melayu kita nih. Sebab politik jer lah yang orang melayu ( baik Pas dan UMNO) masih kuat. Lain-lain tadak habih dah!!

p/s..oit geng..jom reunion!!

Thursday, May 15, 2008

Something to remember! Since 1948


Mungkin tak ramai di kalangan kita yang tahu pada tahu 60 tahun dahulu (14-15 Mei setiap tahun untuk lebih tepat) berlaku peristiwa 'Nakba' di tanah Palestin. Nakba bermaksud 'kecelakaan' atau malapetaka apabila 2/3 kaum muslimin dihalau dari tanahair mereka secara sadis oleh pendatang haram Zionis-Israel selepas penjajah Inggeris membenarkan sebuah negara haram Israel diwujudkan di atas tanah Palestin yang menjadi kiblat pertama umat islam.


Ayuh!..Walau dengan apa cara sekalipun, marilah kita sama-sama mengenang dan menyumbang sesuatu kepada saudara kita di sana walaupun dengan sedikit rasa simpati!!

by ..peja

Sunday, May 11, 2008

Selamat Hari Ibu!

Ibu ibu engkaulah ratu hatiku..

haa..ingat lagu nih?..hehe

Sempena Hari Ibu yang disambut di seluruh dunia pada hari ini ( 10 Mei..sebenarnya ikut islam, hari ibu setiap masa) mari kita ucapkan selamat Hari Ibu kepada ibu-ibu diseluruh dunia terutamanya warga SMAIJ94 yang sudah dan akan bergelar ibu..tak lupa juga kepada ibu kita yang tersayang..jasa mereka tidak ternilai...sayangilah ibu kita selagi mereka masih ada di dunia..

Semoga dilindungi dan dirahmati Allah selalu!

Camana yer mak kita kat kampung?..sihat ke dia? apa mak kita buat ekk..jom kita 'call' mak kita..

by..peja

Thursday, May 1, 2008

Tun Dr Mahathir pula wujudkan 'blog'.




Nah! Ex-PM Malaysia yang mempunyai otak bergeliga pun sudah ada 'blog'.
http://www.chedet.com/


Hebat sungguh kuasa blog!..so jom kita aktifkan blog SMAIJ94
Jangan malu-malu!!