Friday, November 23, 2007

Sehari di Pulau Temasek

Smlm baru balik dari Singapore. Ada keje sikit kat Singapore Polytechnic. Snap few gambar kat sana. Sayangnya, tak boleh ambil di dalam Cleanroom.

Di Front Harbour, sebelum gerak balik
Ni lah 'flight' aku..hehe..
Singgah Kinokuniya, di Tamashimi SC, Orchard Rd
Reading while travelling!

Monday, November 12, 2007

"Booster" terbaru untuk geng-geng SMAIJ94!!


Buku ni ( PhD, Kecil Tapi SIgnifikan) bukan menerangkan kaedah-kaedah dan tatacara untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat PhD ( Doktor Falsafah ) secara detail..tetapi lebih kepada motivasi dan kreativiti yang perlu ada kepada bakal-bakal penuntut yang mengejar gelaran tertinggi dalam dunia akademik. Begitu juga dalam bidang-bidang lain yang memerlukan tahap kefahaman yang tinggi tentang kehidupan di alam ini.Kepada yang berminat boleh dapatkan buku ini daripada penulisnya ( ermm..jangan tak tau, beliau seorang Profesor dalam bidang perakaunan di UITM Shah Alam, dan paling best..Prof Mohd Kamil Ibrahim berasal dari Besut..hebat sungguh Prof MKI!!) sila lawati blog beliau di SINI

p/s..Yadi a.k.a yadoq @ Kayzen dah khatam beberapa kali buku nih...ekekkekek!!

Thursday, November 8, 2007

Kembalikan Bahasa Melayu dalam Math & Sains

Sori lah geng..entry kali ni takde kena mengena dengan politik. Tapi sama-samalah kita pakat-pakat fikirkan. Ermm..Dr. Sheikh Muzafar yang dah sampai ke ISS pun belajar Math & Sains dalam BM!!

Guna semula istilah 'bahasa Melayu'
08-11-2007 08:19:34 PM
Oleh FATHI ARIS OMAR

KUALA LUMPUR: Umno Johor mempertikaikan langkah kerajaan menggunakan kembali Bahasa Malaysia, dan mahu bahasa kebangsaan dikekalkan sebagai 'bahasa Melayu'.

"Sebab itu, kadang-kadang kita tukar ikut suka-suka, termasuk namanya. Alasannya, supaya diterima oleh semua bangsa, boleh jadi alat perpaduan negara. Apakah kalau namanya bahasa Melayu, saya ulang, apabila namanya bahasa Melayu, bermakna ia membawa perpecahan?" kata perwakilan dari negeri itu, Dr Mohd Puad Zarkashi di perhimpunan Umno di sini hari ini.

"Tunggu apa lagi? Kembalikan namanya kepada bahasa Melayu."

April lalu, Kabinet memutuskan menukar istilah bahasa Melayu kepada Bahasa Malaysia bagi mengelakkan polemik selain bagi menunjukkan bahasa itu milik semua kaum, dan pertukaran istilah tersebut akan diguna pakai secara rasmi di semua urusan.

Berucap bagi membahaskan usul ucapan dasar presiden di hari kedua, Dr Mohd Puad juga mempertikaikan penggunaan bahasa Inggeris di institusi pengajian tinggi awam (IPTA), termasuk di Universiti Malaya.

"Sekarang IPTA pula turut celaru. Kalau ada seorang sahaja pelajar luar negara dalam mana-mana mata pelajaran, maka kuliah akan diberikan dalam bahasa Inggeris. ... Ditanya kepada Naib Canselor, itu adalah dasar kerajaan, katanya. Ditanya kepada pihak lebih atas, jawabnya itu bukan dasar tetapi amalan universiti berkenaan sahaja," katanya.

"Mana satu yang betul? Janganlah lepas tangan. Lebih buruk lagi kalau baling batu, sembunyi tangan."

Beliau menambah, Universiti Malaya telah mengarahkan 50 peratus subjek di setiap fakulti mesti diajar dalam bahasa Inggeris. "Jika tidak (dilaksanakan), dekan akan dipersalahkan. Bukankah ini ugutan," katanya.

Dr Mohd Puad, yang senator di Dewan Negara, turut membangkitkan kebimbangannya tentang saham Affin Holding akan dibeli oleh sebuah syarikat dari Hong Kong dengan harga RM2.85 sen, lebih rendah dari pasaran RM3.50.

"Kenapa ini dibenarkan berlaku? Apa rasionalnya penjualan ini, di mana mungkin 24% kepentingan Melayu dalam syarikat berkaitan kerajaan (GLC) Affin Holding Bhd, milik Lembaga Tabung Angkatan Tentera, milik perajurit yang banyak berjasa kepada negara akan terlepas kepada syarikat asing," katanya.

Beliau menggesa Bank Negara membatalkan penjualan tersebut jika ia berlaku kerana menurutnya ia bertentangan dengan semangat Dasar Ekonomi Baru.

Selain itu, Dr Mohd Puad juga mengecam Gagasan Gagasan Badan Ekonomi Melayu (Gabem) yang dipengerusikan oleh bekas Ketua Menteri Melaka, Tan Sri Abdul Rahim Tamby Chik, yang dianggapnya gagal memantau dan bertindak terhadap penguasaan syarikat bukan Melayu.

"Jangan nanti Gabem jadi gebeng, (orang) Jawa kata 'biskut'. Kalau direndam di dalam air sejuk, lembik... kalau direndam di dalam air panas, lagi lembik."

Sumber: Dari Sini

Monday, November 5, 2007

Selamat hari raya!! Lewat skit..hehe


Saya ( paling kiri) dengan member-member...

Gathering SMAIJ94, 2007

Hahaha...cakap banyak tak guna..apa kata kita plan untuk gathering kecil-kecilan sempena cuti raya haji dan krismas bulan doblas nih..

TEMPAT : BESUT ( belum decide lagi kat mana)

TARIKH : ( antara 19-28 December)


KONSEP : MAKAN-MAKAN & TANGKAP GAMBAR RAMAI-RAMAI.
:-)


So tugas kita sekarang, contact member-member lama..lagi ramai lagi syokk..

Sebarang idea sangat lah dialu-alukan..

Friday, November 2, 2007

Kebanggaan SMAIJ..

Anda kenal siapa dia??..hehe..walaupun saudara Ahmad Fadzli Yusof ni bukan dari kalangan "batch 94", tapi dia senior kita setahun di SMAIJ..tabik spring toingg..toingg!! Semoga menjadi motivasi untuk kita semua..
Selamat Hari Jumaat!!



Hj Ahmad Fadzli Yusof seorang Konsultan Kanan di sebuah institut pembangunan diri iaitu Pusat Latihan Resipi Kejayaan (Success Recipe Training Centre-Suretac). Mempunyai pengalaman sebagai peguambela dan peguamcara di Mahkamah Tinggi Malaya dan tenaga akademik di beberapa buah IPTA sekitar Lembah Kelang.


Mendapat pengajian awal di Sekolah Kebangsaan Padang Luas, Jerteh, Terengganu (Pelajar Terbaik 1990) dan seterusnya ke SMA Ittifakiah, Jerteh (Pelajar terbaik PMR 1993). Pada tahun 1994, beliau ke Kolej Islam Sultan Alam Shah dan menduduki SPM dengan cemerlang pada 1995.
Seterusnya, beliau melanjutkan pelajarannya ke Matrikulasi UIAM dari 1996 hingga 1997. Pada pertengahan 1998, beliau memasuki Kampus Induk UIAM Gombak dalam jurusan undang-undang.


Semasa menjadi mahasiswa, beliau terlibat aktif dalam kegiatan kemahasiswaan seperti Pengarah Minggu Anak Yatim, Editor majalah, Ketua Biro Minggu Taaruf dan banyak lagi. Beliau juga pernah dipilih menjadi Presiden Persatuan Undang-undang dan seterusnya Presiden Persatuan Mahasiswa UIAM. Beliau juga pernah menjadi AJK Persatuan Pelajar Undang-undang ASEAN (Malaysia). Beliau adalah antara yang terlibat dalam penubuhan Majlis Perundingan Pelajar Kebangsaan yang dipengerusikan oleh TPM pada waktu itu, Datuk Seri Abdullah Hj Ahmad Badawi.



Dalam masa yang sama, beliau mempunyai pengalaman sebagai pengacara dan penyampai media elektronik. Beliau pernah mengendalikan lebih daripada 100 rancangan TV dan radio seperti Ramadhan al-Mubarak, Hiwar hingga ke Majlis Tilawah al-Quran peringkat antarabangsa. Selain itu, beliau juga seringkali dijemput sebagai panel dan penceramah untuk beberapa ran-cangan di media elektronik seperti rancangan radio Kapsul Harmoni, Inspirasi, U Remaja dan banyak lagi.



Antara seminar yang pernah disertai adalah mewakili belia Malaysia ke Kem Remaja Islam di Saudi Arabia, mewakili Malaysia ke Konvensyen Belia Asia Tenggara (MESKEM), dan banyak lagi. Selain itu, beliau mempunyai pengalaman membentangkan kertas kerja dalam konvensyen dan seminar. Antaranya Konvensyen Mahasiswa Kebangsaan 2002 yang dianjurkan oleh Biro Tata Negara.



Tulisan beliau juga pernah tersiar dalam media cetak. Artikel dan luahan ideanya pernah tersiar di majalah Visi (Keluaran IKIM), Akhbar Mahasiswa, Berita Harian, Siti dan beberapa lagi. Beliau kini juga adalah kolumnis majalah Dewan Siswa dan Mingguan Wanita.



Pada tahun 2004, beliau sudah mula menulis be-berapa buah buku pembangunan diri seperti Mengurus Kerja dan Waktu (Hanya Orang Sibuk Yang Ada Masa), Mengurus Kerja Berpasukan, 55 Petua Orang Berjaya (Bersama Motivator terkenal Dato’ Dr. Mohd. Fadzilah Kamsah) dan Siri Resipi Kejayaan (RK untuk Eksekutif, Pekerja Cemerlang, Pelajar, Siswa Siswi, Remaja). Sehingga Februari 2005, tidak kurang 13 buah buku bina insan yang ditulis oleh beliau.



Sejak tahun 2002, beliau seringkali dijemput bagi mengendalikan ceramah, bengkel, kem dan seminar pembinaan diri. Kini, beliau mengendalikan beberapa modul pembinaan diri iaitu pembinaan konsep diri (self concept and self esteem), mengurus kerja dan waktu, produktiviti, kepemimpinan muda, kerja berpasukan, mengurus stres, seronok bekerja dan kreativiti dalam kerja.



Antara peserta yang pernah mengikuti program kendaliannya terdiri daripada badan korporat, badan kerajaan, institusi pengajian dan NGO. Beliau juga berkongsi idea dan teknik dengan pelbagai institusi seperti Tenaga Nasional Berhad, Permodalan Nasional Berhad, KUKTEM, UniKL, KUIM, KUITTHO dan banyak lagi



Beliau kini adalah penasihat kepada portal motivasi kejayaan iaitu http://resipikejayaan.com. Portal ini menyediakan bahan-bahan bagi meningkatkan motivasi, seperti berita, artikel, idea-idea motivasi dan sebagainya. Para pengunjung boleh mendaftar sebagai ahli dan saling bertukar idea bagi merancang dan menguruskan kejayaan. Beliau boleh dihubungi di laman web http://rktraining.com.


Untuk lebih lanjut, sila ke SINI