Friday, November 2, 2007

Kebanggaan SMAIJ..

Anda kenal siapa dia??..hehe..walaupun saudara Ahmad Fadzli Yusof ni bukan dari kalangan "batch 94", tapi dia senior kita setahun di SMAIJ..tabik spring toingg..toingg!! Semoga menjadi motivasi untuk kita semua..
Selamat Hari Jumaat!!



Hj Ahmad Fadzli Yusof seorang Konsultan Kanan di sebuah institut pembangunan diri iaitu Pusat Latihan Resipi Kejayaan (Success Recipe Training Centre-Suretac). Mempunyai pengalaman sebagai peguambela dan peguamcara di Mahkamah Tinggi Malaya dan tenaga akademik di beberapa buah IPTA sekitar Lembah Kelang.


Mendapat pengajian awal di Sekolah Kebangsaan Padang Luas, Jerteh, Terengganu (Pelajar Terbaik 1990) dan seterusnya ke SMA Ittifakiah, Jerteh (Pelajar terbaik PMR 1993). Pada tahun 1994, beliau ke Kolej Islam Sultan Alam Shah dan menduduki SPM dengan cemerlang pada 1995.
Seterusnya, beliau melanjutkan pelajarannya ke Matrikulasi UIAM dari 1996 hingga 1997. Pada pertengahan 1998, beliau memasuki Kampus Induk UIAM Gombak dalam jurusan undang-undang.


Semasa menjadi mahasiswa, beliau terlibat aktif dalam kegiatan kemahasiswaan seperti Pengarah Minggu Anak Yatim, Editor majalah, Ketua Biro Minggu Taaruf dan banyak lagi. Beliau juga pernah dipilih menjadi Presiden Persatuan Undang-undang dan seterusnya Presiden Persatuan Mahasiswa UIAM. Beliau juga pernah menjadi AJK Persatuan Pelajar Undang-undang ASEAN (Malaysia). Beliau adalah antara yang terlibat dalam penubuhan Majlis Perundingan Pelajar Kebangsaan yang dipengerusikan oleh TPM pada waktu itu, Datuk Seri Abdullah Hj Ahmad Badawi.



Dalam masa yang sama, beliau mempunyai pengalaman sebagai pengacara dan penyampai media elektronik. Beliau pernah mengendalikan lebih daripada 100 rancangan TV dan radio seperti Ramadhan al-Mubarak, Hiwar hingga ke Majlis Tilawah al-Quran peringkat antarabangsa. Selain itu, beliau juga seringkali dijemput sebagai panel dan penceramah untuk beberapa ran-cangan di media elektronik seperti rancangan radio Kapsul Harmoni, Inspirasi, U Remaja dan banyak lagi.



Antara seminar yang pernah disertai adalah mewakili belia Malaysia ke Kem Remaja Islam di Saudi Arabia, mewakili Malaysia ke Konvensyen Belia Asia Tenggara (MESKEM), dan banyak lagi. Selain itu, beliau mempunyai pengalaman membentangkan kertas kerja dalam konvensyen dan seminar. Antaranya Konvensyen Mahasiswa Kebangsaan 2002 yang dianjurkan oleh Biro Tata Negara.



Tulisan beliau juga pernah tersiar dalam media cetak. Artikel dan luahan ideanya pernah tersiar di majalah Visi (Keluaran IKIM), Akhbar Mahasiswa, Berita Harian, Siti dan beberapa lagi. Beliau kini juga adalah kolumnis majalah Dewan Siswa dan Mingguan Wanita.



Pada tahun 2004, beliau sudah mula menulis be-berapa buah buku pembangunan diri seperti Mengurus Kerja dan Waktu (Hanya Orang Sibuk Yang Ada Masa), Mengurus Kerja Berpasukan, 55 Petua Orang Berjaya (Bersama Motivator terkenal Dato’ Dr. Mohd. Fadzilah Kamsah) dan Siri Resipi Kejayaan (RK untuk Eksekutif, Pekerja Cemerlang, Pelajar, Siswa Siswi, Remaja). Sehingga Februari 2005, tidak kurang 13 buah buku bina insan yang ditulis oleh beliau.



Sejak tahun 2002, beliau seringkali dijemput bagi mengendalikan ceramah, bengkel, kem dan seminar pembinaan diri. Kini, beliau mengendalikan beberapa modul pembinaan diri iaitu pembinaan konsep diri (self concept and self esteem), mengurus kerja dan waktu, produktiviti, kepemimpinan muda, kerja berpasukan, mengurus stres, seronok bekerja dan kreativiti dalam kerja.



Antara peserta yang pernah mengikuti program kendaliannya terdiri daripada badan korporat, badan kerajaan, institusi pengajian dan NGO. Beliau juga berkongsi idea dan teknik dengan pelbagai institusi seperti Tenaga Nasional Berhad, Permodalan Nasional Berhad, KUKTEM, UniKL, KUIM, KUITTHO dan banyak lagi



Beliau kini adalah penasihat kepada portal motivasi kejayaan iaitu http://resipikejayaan.com. Portal ini menyediakan bahan-bahan bagi meningkatkan motivasi, seperti berita, artikel, idea-idea motivasi dan sebagainya. Para pengunjung boleh mendaftar sebagai ahli dan saling bertukar idea bagi merancang dan menguruskan kejayaan. Beliau boleh dihubungi di laman web http://rktraining.com.


Untuk lebih lanjut, sila ke SINI

No comments: