Sunday, December 30, 2007

Jumpa balik selepas 13 tahun..


Walaupun tak ramai yang hadir dalam perjumpaan geng SMAIJ94, 24 Dis lalu, yerr...4 orang jer yang turun...kami ( aku, salimi, suhairi) tabik spring lah kat cik Naps sebab sanggup turun dari KB dengan baju kerja lagi semata-mata janji ‘mini gathering’ kat De Kolam, Ikan Bakar Pantai Bukit Keluang…4 orang available pun sudah memadai untuk perjumpaan pertama..mungkin lain kali kita boleh rancang perjumpaan yang lebih meriah dan harapnya lebih ramai yang boleh turun..nak tengok gambar-gambar lain??..gi kat Photo Album bawah rujukan smaij94 ATAU klik SINI


####################################################################

Salam Tahun Baru 2008..

p/s..jeles ahhh tgk geng smaij93 punya gathering..hehehe

Monday, December 17, 2007

UPDATE 1st GATHERING SMAIJ94, Isnin,Disember 24, 07

Ini adalah entry hebahan..untuk entry terbaru, sila scroll down ke bawah!!



Disebabkan plan kumpul kt Kg. Gong Kemuntong x jadi ( tuan rumah beraya kt KL..hehe), kita proceed to previous plan lah untuk kita punya gathering...

TEMPAT : Restoran De Coral Ikan Bakar, BUKIT KELUANG BEACH RESORT..

TARIKH : 24 Disember 2007


MASA : 2.00 petang..


OLEH ITU SESIAPA BERMINAT SILA SAHKAN KEHADIRAN ANDA DI SINI @ DI SEBELAH TUU ( SHOUTBOX COLUMN) @ emel pej88@yahoo.com..

Senarai kehadiran

1. peja & family ( 99.9% confirm)

2. naps +pakwe ( 99.0%)

3. salimi +gurlpren ( 99.999%)

4. amry +family ( insyaallah)

5. wan ismail +family ( insyaallah)

6. wan suhairi+family (insyaallah)

7. ayin+family (insyaallah+wajib hadir..hehe..)

8. yudi + awek (wajib hadir)

9. angah@zuraini ( insyaallah..bleh??)

10. Iliawani+family ( insyaallah..bleh?..jauh tuh dari kelate nak turun besut..rajin
ker..hehe)


11. Nuraini ( masih dalam pantang, tp sanggup turun kata Naps :-) )

12. sila cadangkan nama-nama lain yang takder dlm senarai aku...( kalau ada masa lah..toksah beria hehe)

sekian, laporan dari Bangi.... ;-0

p/s...PERJUMPAAN INI AKAN TERBATAL (KOT) SEKIRANYA KEHADIRAN TIDAK MELEBIHI 5 ORANG ( TAK TERMASUK BAYI DAN WIFE/HUSBAND)...SETUJU??

by faizal..

Perlu RA?

Terdapat 2 orang calon yang memengang Bachelor Biomedicine dari Management & Science University ingin memohon bekerja sebagai RA. Sesiapa yang memerlukan RA boleh berhubung dengan mereka seperti berikut:- Cik Nur Hasnah Ma'amor----tel: 019 3685434 Cik Siti Norfareha Mohd Nor---tel 017 5101047

sekian

Sunday, December 16, 2007

Iklan Kerja Untuk Saudara Mara anda...good luck

Iklan Pengambilan Pelatih Pembantu Pembedahan Pergigian Tajaan HUSM dan IPPT telah diiklankan dalam Laman Web USM pada *14 Disember 2007( Jumaat
)* di:

*http://eregistry.usm.myhr/erecruit *

Walau bagaimanapun, semalam ( hari sabtu )dan hari ini kami difahamkan oleh Bahagian Pengambilan Kampus Induk /server registry/ ada masalah dan laman tersebut tidak boleh dibuka.

Oleh yang demikian, kepada calon - calon yang berminat, tidak sempat dan belum mendaftar secara On Line melalui Erecruit bolehlah mendapatkan Borang Permohonan Latihan Paramedik ( Sijil Pembantu Pembedaham Pergigian ) *di Unit Pengurusan Sumber Manusia, Hospital USM mulai hari ini 16 Disember 2007.

Maklumat Lanjut sila rujuk iklan yang disertakan.

TARIKH TUTUP PERMOHONAN : 19 DISEMBER 2007 ( RABU )


Sekian, Terima Kasih

Syuhazlina Marini Awg. Mat
Unit Pengurusan Sumber Manusia, HUSM


BERSAING DI PERINGKAT DUNIA: KOMITMEN KITA


Warganegara Malaysia yang berkelayakan adalah dipelawa untuk memohon bagi mengikuti pengajian Latihan Paramedik yang akan ditetapkan oleh pihak Universiti serta mengisi kekosongan jawatan-jawatan di Hospital Universiti Sains Malaysia atau Institut Perubatan & Pergigian Termaju, USM Pulau Pinang


BIDANG LATIHAN : Pembantu Pembedahan Pergigian

UMUR : Tidak melebihi 21 tahun dan belum berkahwin

TEMPOH LATIHAN : 2 tahun

KEKOSONGAN : Hospital USM 1 kekosongan
Institut Perubatan & Pergigian Termaju ( IPPT ) 1 kekosongan


ELAUN :
Elaun Sarahidup RM 517.15 sebulan
Elaun Buku RM 240.00 setahun
Elaun Kertas projek RM 80.00 setahun
Elaun Alat Perkakas RM 25.00 (sekali sepanjang kursus)
Subsidi pakaian seragam RM 195.00 setahun

SYARAT-SYARAT :

i. Sijil Rendah Pelajaran/Penilaian Menengah Rendah serta kepujian Bahasa Malaysia diperingkat peperiksaan tersebut.
ii. Kepujian Matematik dan kepujian mata pelajaran Sains/Sains Paduan yang diambil dalam peperiksaan tersebut, DAN
iii. Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan : dan
iv. Kepujian Bahasa Malaysia (Termasuk Lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan :
v. Lulus Matematik dan Kepujian dalam Mata Pelajaran Sains atau Lulus dua Mata Pelajaran Sains di Peringkat Sijil Malaysia :

DAN;
Sihat fizikal dan mental serta tidak mengalami kecacatan yang menjadikannya tidak sesuai untuk melaksanakan tugas-tugas tersebut.

PENYERAPAN KE DALAM JAWATAN:
Pelatih-pelatih yang tamat dengan jayanya dan lulus peperiksaan yang disyaratkan adalah layak untuk dipertimbangkan ke jawatan berikut:

1. Pembantu Pembedahan Pergigian U17

IKATAN PERJANJIAN
Calon-calon yang berjaya menamatkan pengajian dikehendaki berkhidmat dengan Hospital Universiti Sains Malaysia atau Institut Perubatan & Pergigian Termaju, USM Pulau Pinang selama 3 tahun.


TARIKH MULA PENGAJIAN : 01 JANUARI 2008


TARIKH TUTUP PERMOHONAN : 19 Disember 2007





CARA MEMOHON :

1. Borang permohonan boleh didapati dari:-
i) Unit Pengurusan Sumber Manusia, Hospital Universiti Sains Malaysia, Kampus Kesihatan, 16150 Kubang Kerian, Kelantan.

ii) Institut Perubatan & Pergigian Termaju Universiti Sains Malaysia, No 1/8, Pesiaran Seksyen 4/1, Bandar Putra Bertam,13200 Kepala Batas, Pulau Pinang.

2. Borang yang lengkap diisi hendaklah ditulis nama kursus di bahagian atas sebelah kiri sampul surat dan dikirimkan terus ke mana – mana alamat seperti di 1 (i) atau 1 (ii)



PERHATIAN
Hanya calon-calon yang berjaya sahaja akan dipanggil untuk temu duga.

- PENDAFTAR -

Terima kasih semua :)


Aniq Lutfil Hadi bin Zulkifli
Assalamulaikum w.b.t, sudah lama tak mengedit dalam nie memandangkan kesibukan kendiri 2 3 menjak ini...disini saya sertakan gambar ahli keluarga terbaru saya yang lahir pada 2007/11/27 yang lalu. Terima kasih atas ucapan tahniah anda semua.

Sebenarnya saya juga baru balik dari Langkawi (10-13/12/2007) kerana ada urusan kerja disana. Gambar sedang memberi taklimat kepada pelajar berkenaan Latihan Pembudayaan Korporat.

Monday, December 3, 2007

weekN xtvt



Cuti hujung minggu adalah waktu terbaik untuk baca buku selain 'main-main' dengan anak. Itu pun kalau tak sibuk ke mana-mana. Buku di atas adalah kisah seorang lagi ikon dalam dunia komputer yang terkenal iaitu Steve Jobs. Sebuah buku autobiografi yang menarik dan termasuk dalam kategori buku yang wajib-habis-baca..hehe. Sebenarnya aku beli buku ni untuk test my 1st MPH card kat MPH Bookstore Seremban 2. Berbaloi jugak ada kad nih..ada potongan harga 25%!!
Apa aktiviti anda di hujung minggu ??

p/s : Ucapan tahniah kepada Ayin a.k.a Zulkifli Jusoh kerana telah selamat menjadi bapa pada minggu lepas..