Sunday, December 16, 2007

Iklan Kerja Untuk Saudara Mara anda...good luck

Iklan Pengambilan Pelatih Pembantu Pembedahan Pergigian Tajaan HUSM dan IPPT telah diiklankan dalam Laman Web USM pada *14 Disember 2007( Jumaat
)* di:

*http://eregistry.usm.myhr/erecruit *

Walau bagaimanapun, semalam ( hari sabtu )dan hari ini kami difahamkan oleh Bahagian Pengambilan Kampus Induk /server registry/ ada masalah dan laman tersebut tidak boleh dibuka.

Oleh yang demikian, kepada calon - calon yang berminat, tidak sempat dan belum mendaftar secara On Line melalui Erecruit bolehlah mendapatkan Borang Permohonan Latihan Paramedik ( Sijil Pembantu Pembedaham Pergigian ) *di Unit Pengurusan Sumber Manusia, Hospital USM mulai hari ini 16 Disember 2007.

Maklumat Lanjut sila rujuk iklan yang disertakan.

TARIKH TUTUP PERMOHONAN : 19 DISEMBER 2007 ( RABU )


Sekian, Terima Kasih

Syuhazlina Marini Awg. Mat
Unit Pengurusan Sumber Manusia, HUSM


BERSAING DI PERINGKAT DUNIA: KOMITMEN KITA


Warganegara Malaysia yang berkelayakan adalah dipelawa untuk memohon bagi mengikuti pengajian Latihan Paramedik yang akan ditetapkan oleh pihak Universiti serta mengisi kekosongan jawatan-jawatan di Hospital Universiti Sains Malaysia atau Institut Perubatan & Pergigian Termaju, USM Pulau Pinang


BIDANG LATIHAN : Pembantu Pembedahan Pergigian

UMUR : Tidak melebihi 21 tahun dan belum berkahwin

TEMPOH LATIHAN : 2 tahun

KEKOSONGAN : Hospital USM 1 kekosongan
Institut Perubatan & Pergigian Termaju ( IPPT ) 1 kekosongan


ELAUN :
Elaun Sarahidup RM 517.15 sebulan
Elaun Buku RM 240.00 setahun
Elaun Kertas projek RM 80.00 setahun
Elaun Alat Perkakas RM 25.00 (sekali sepanjang kursus)
Subsidi pakaian seragam RM 195.00 setahun

SYARAT-SYARAT :

i. Sijil Rendah Pelajaran/Penilaian Menengah Rendah serta kepujian Bahasa Malaysia diperingkat peperiksaan tersebut.
ii. Kepujian Matematik dan kepujian mata pelajaran Sains/Sains Paduan yang diambil dalam peperiksaan tersebut, DAN
iii. Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan : dan
iv. Kepujian Bahasa Malaysia (Termasuk Lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan :
v. Lulus Matematik dan Kepujian dalam Mata Pelajaran Sains atau Lulus dua Mata Pelajaran Sains di Peringkat Sijil Malaysia :

DAN;
Sihat fizikal dan mental serta tidak mengalami kecacatan yang menjadikannya tidak sesuai untuk melaksanakan tugas-tugas tersebut.

PENYERAPAN KE DALAM JAWATAN:
Pelatih-pelatih yang tamat dengan jayanya dan lulus peperiksaan yang disyaratkan adalah layak untuk dipertimbangkan ke jawatan berikut:

1. Pembantu Pembedahan Pergigian U17

IKATAN PERJANJIAN
Calon-calon yang berjaya menamatkan pengajian dikehendaki berkhidmat dengan Hospital Universiti Sains Malaysia atau Institut Perubatan & Pergigian Termaju, USM Pulau Pinang selama 3 tahun.


TARIKH MULA PENGAJIAN : 01 JANUARI 2008


TARIKH TUTUP PERMOHONAN : 19 Disember 2007





CARA MEMOHON :

1. Borang permohonan boleh didapati dari:-
i) Unit Pengurusan Sumber Manusia, Hospital Universiti Sains Malaysia, Kampus Kesihatan, 16150 Kubang Kerian, Kelantan.

ii) Institut Perubatan & Pergigian Termaju Universiti Sains Malaysia, No 1/8, Pesiaran Seksyen 4/1, Bandar Putra Bertam,13200 Kepala Batas, Pulau Pinang.

2. Borang yang lengkap diisi hendaklah ditulis nama kursus di bahagian atas sebelah kiri sampul surat dan dikirimkan terus ke mana – mana alamat seperti di 1 (i) atau 1 (ii)



PERHATIAN
Hanya calon-calon yang berjaya sahaja akan dipanggil untuk temu duga.

- PENDAFTAR -

No comments: