
Aku post di sini berkenaan buku bukanlah untuk berlagak yang aku suka baca buku. Tapi rasanya bagus juga kalau dikongsi bersama perihal buku yang dibaca. Sedikit sebanyak mungkin boleh bagi semangat, sekurang-kurangnya untuk diri sendiri. hehe!
Ini pertama kali buku yang dibeli penulisnya berbangsa india dari negara India dan buku ini dibeli dikedai India, Seremban.... Berapa banyak India daa!. Puas aku cari buku ni di MPH, Kinokuniya secara online, tapi tak jumpa. Mungkin diorang tak support buku india kot. Ok itu cerita lain!
Ini kisah biografi Dr APJ Kalam berjudul Wings of Fire: An Autobiography of APJ Abdul Kalam
Selain bertugas sebagai saintis, Dr Kalam juga dilantik sebagai penasihat sains kepada Kementerian Pertahanan India 1991-1992. Beliau juga terlibat dalam projek persediaan transformasi India dari negara membangun menjadi negara maju yang dinamakan Technology Vision 2020. Seorang negawaran India yang terlibat dalam projek saintifik dan teknologi satelit serta missile lulusan Madras Institute of Technology ( MIT ). Walaupun US ada Massachusset Institute of Technology memiliki MIT mereka sendiri, India juga tidak ketinggalan. Pencapaian tertinggi Dr. Kalam ialah dilantik sebagai Presiden India yang ke-11 dari tahun 2002-2007.
Apa yang menarik dalam buku ini, beliau sedikit sebanyak mempunyai haluan dan cita-cita yang jelas untuk Negara India di samping latarbelakang saintifik yang mengkagumkan. Semangat dan kekuatan serta impian APJ Kalam berjaya mengubah budaya hidup bangsa India. kalau diperhatikan, ia seakan-akan cita-cita Tun Mahathir Mohamad sewaktu melancarkan Wawasan 2020 pada tahun 1991 dahulu. Buku ini juga mencetuskan semangat baru dalam budaya saintifik dan kelimuan warga India. Contohnya, India telah melahirkan pakar-pakar IT yang dikagumi seluruh dunia. Mereka juga mempunyai kuasa nuklear dalam ketenteraan. Kegiatan saintifik dan teknologi mereka juga tidk boleh dipandang ringan. Kemudian aku perhatikan pula di bawah pemerintahan Pak Lah sekarang, kemana perginya semangat Malaysia Boleh seperti yang diilhamkan oleh mantan PM..
Sedikit sebanyak selepas membaca 3 bab pertama buku ini, jelas menunjukkan bahawa pemikiran sains dan teknologi juga menjadi salah satu kriteria utama untuk menjadi seorang negarawan ulung. Selain itu kecerdikan pemimpin dan juga menteri-menteri yang terlibat dalam pembangunan sains dan teknologi mesti dipilih dari kalangan ilmuan... tak boleh main ikut sedap. Kaki raba pun jadi menteri apa ke hal!
ahh..aku kena habiskan buku ni!..to be cont....
No comments:
Post a Comment