Sunday, December 30, 2007

Jumpa balik selepas 13 tahun..


Walaupun tak ramai yang hadir dalam perjumpaan geng SMAIJ94, 24 Dis lalu, yerr...4 orang jer yang turun...kami ( aku, salimi, suhairi) tabik spring lah kat cik Naps sebab sanggup turun dari KB dengan baju kerja lagi semata-mata janji ‘mini gathering’ kat De Kolam, Ikan Bakar Pantai Bukit Keluang…4 orang available pun sudah memadai untuk perjumpaan pertama..mungkin lain kali kita boleh rancang perjumpaan yang lebih meriah dan harapnya lebih ramai yang boleh turun..nak tengok gambar-gambar lain??..gi kat Photo Album bawah rujukan smaij94 ATAU klik SINI


####################################################################

Salam Tahun Baru 2008..

p/s..jeles ahhh tgk geng smaij93 punya gathering..hehehe

Monday, December 17, 2007

UPDATE 1st GATHERING SMAIJ94, Isnin,Disember 24, 07

Ini adalah entry hebahan..untuk entry terbaru, sila scroll down ke bawah!!



Disebabkan plan kumpul kt Kg. Gong Kemuntong x jadi ( tuan rumah beraya kt KL..hehe), kita proceed to previous plan lah untuk kita punya gathering...

TEMPAT : Restoran De Coral Ikan Bakar, BUKIT KELUANG BEACH RESORT..

TARIKH : 24 Disember 2007


MASA : 2.00 petang..


OLEH ITU SESIAPA BERMINAT SILA SAHKAN KEHADIRAN ANDA DI SINI @ DI SEBELAH TUU ( SHOUTBOX COLUMN) @ emel pej88@yahoo.com..

Senarai kehadiran

1. peja & family ( 99.9% confirm)

2. naps +pakwe ( 99.0%)

3. salimi +gurlpren ( 99.999%)

4. amry +family ( insyaallah)

5. wan ismail +family ( insyaallah)

6. wan suhairi+family (insyaallah)

7. ayin+family (insyaallah+wajib hadir..hehe..)

8. yudi + awek (wajib hadir)

9. angah@zuraini ( insyaallah..bleh??)

10. Iliawani+family ( insyaallah..bleh?..jauh tuh dari kelate nak turun besut..rajin
ker..hehe)


11. Nuraini ( masih dalam pantang, tp sanggup turun kata Naps :-) )

12. sila cadangkan nama-nama lain yang takder dlm senarai aku...( kalau ada masa lah..toksah beria hehe)

sekian, laporan dari Bangi.... ;-0

p/s...PERJUMPAAN INI AKAN TERBATAL (KOT) SEKIRANYA KEHADIRAN TIDAK MELEBIHI 5 ORANG ( TAK TERMASUK BAYI DAN WIFE/HUSBAND)...SETUJU??

by faizal..

Perlu RA?

Terdapat 2 orang calon yang memengang Bachelor Biomedicine dari Management & Science University ingin memohon bekerja sebagai RA. Sesiapa yang memerlukan RA boleh berhubung dengan mereka seperti berikut:- Cik Nur Hasnah Ma'amor----tel: 019 3685434 Cik Siti Norfareha Mohd Nor---tel 017 5101047

sekian

Sunday, December 16, 2007

Iklan Kerja Untuk Saudara Mara anda...good luck

Iklan Pengambilan Pelatih Pembantu Pembedahan Pergigian Tajaan HUSM dan IPPT telah diiklankan dalam Laman Web USM pada *14 Disember 2007( Jumaat
)* di:

*http://eregistry.usm.myhr/erecruit *

Walau bagaimanapun, semalam ( hari sabtu )dan hari ini kami difahamkan oleh Bahagian Pengambilan Kampus Induk /server registry/ ada masalah dan laman tersebut tidak boleh dibuka.

Oleh yang demikian, kepada calon - calon yang berminat, tidak sempat dan belum mendaftar secara On Line melalui Erecruit bolehlah mendapatkan Borang Permohonan Latihan Paramedik ( Sijil Pembantu Pembedaham Pergigian ) *di Unit Pengurusan Sumber Manusia, Hospital USM mulai hari ini 16 Disember 2007.

Maklumat Lanjut sila rujuk iklan yang disertakan.

TARIKH TUTUP PERMOHONAN : 19 DISEMBER 2007 ( RABU )


Sekian, Terima Kasih

Syuhazlina Marini Awg. Mat
Unit Pengurusan Sumber Manusia, HUSM


BERSAING DI PERINGKAT DUNIA: KOMITMEN KITA


Warganegara Malaysia yang berkelayakan adalah dipelawa untuk memohon bagi mengikuti pengajian Latihan Paramedik yang akan ditetapkan oleh pihak Universiti serta mengisi kekosongan jawatan-jawatan di Hospital Universiti Sains Malaysia atau Institut Perubatan & Pergigian Termaju, USM Pulau Pinang


BIDANG LATIHAN : Pembantu Pembedahan Pergigian

UMUR : Tidak melebihi 21 tahun dan belum berkahwin

TEMPOH LATIHAN : 2 tahun

KEKOSONGAN : Hospital USM 1 kekosongan
Institut Perubatan & Pergigian Termaju ( IPPT ) 1 kekosongan


ELAUN :
Elaun Sarahidup RM 517.15 sebulan
Elaun Buku RM 240.00 setahun
Elaun Kertas projek RM 80.00 setahun
Elaun Alat Perkakas RM 25.00 (sekali sepanjang kursus)
Subsidi pakaian seragam RM 195.00 setahun

SYARAT-SYARAT :

i. Sijil Rendah Pelajaran/Penilaian Menengah Rendah serta kepujian Bahasa Malaysia diperingkat peperiksaan tersebut.
ii. Kepujian Matematik dan kepujian mata pelajaran Sains/Sains Paduan yang diambil dalam peperiksaan tersebut, DAN
iii. Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan : dan
iv. Kepujian Bahasa Malaysia (Termasuk Lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan :
v. Lulus Matematik dan Kepujian dalam Mata Pelajaran Sains atau Lulus dua Mata Pelajaran Sains di Peringkat Sijil Malaysia :

DAN;
Sihat fizikal dan mental serta tidak mengalami kecacatan yang menjadikannya tidak sesuai untuk melaksanakan tugas-tugas tersebut.

PENYERAPAN KE DALAM JAWATAN:
Pelatih-pelatih yang tamat dengan jayanya dan lulus peperiksaan yang disyaratkan adalah layak untuk dipertimbangkan ke jawatan berikut:

1. Pembantu Pembedahan Pergigian U17

IKATAN PERJANJIAN
Calon-calon yang berjaya menamatkan pengajian dikehendaki berkhidmat dengan Hospital Universiti Sains Malaysia atau Institut Perubatan & Pergigian Termaju, USM Pulau Pinang selama 3 tahun.


TARIKH MULA PENGAJIAN : 01 JANUARI 2008


TARIKH TUTUP PERMOHONAN : 19 Disember 2007





CARA MEMOHON :

1. Borang permohonan boleh didapati dari:-
i) Unit Pengurusan Sumber Manusia, Hospital Universiti Sains Malaysia, Kampus Kesihatan, 16150 Kubang Kerian, Kelantan.

ii) Institut Perubatan & Pergigian Termaju Universiti Sains Malaysia, No 1/8, Pesiaran Seksyen 4/1, Bandar Putra Bertam,13200 Kepala Batas, Pulau Pinang.

2. Borang yang lengkap diisi hendaklah ditulis nama kursus di bahagian atas sebelah kiri sampul surat dan dikirimkan terus ke mana – mana alamat seperti di 1 (i) atau 1 (ii)



PERHATIAN
Hanya calon-calon yang berjaya sahaja akan dipanggil untuk temu duga.

- PENDAFTAR -

Terima kasih semua :)


Aniq Lutfil Hadi bin Zulkifli
Assalamulaikum w.b.t, sudah lama tak mengedit dalam nie memandangkan kesibukan kendiri 2 3 menjak ini...disini saya sertakan gambar ahli keluarga terbaru saya yang lahir pada 2007/11/27 yang lalu. Terima kasih atas ucapan tahniah anda semua.

Sebenarnya saya juga baru balik dari Langkawi (10-13/12/2007) kerana ada urusan kerja disana. Gambar sedang memberi taklimat kepada pelajar berkenaan Latihan Pembudayaan Korporat.

Monday, December 3, 2007

weekN xtvt



Cuti hujung minggu adalah waktu terbaik untuk baca buku selain 'main-main' dengan anak. Itu pun kalau tak sibuk ke mana-mana. Buku di atas adalah kisah seorang lagi ikon dalam dunia komputer yang terkenal iaitu Steve Jobs. Sebuah buku autobiografi yang menarik dan termasuk dalam kategori buku yang wajib-habis-baca..hehe. Sebenarnya aku beli buku ni untuk test my 1st MPH card kat MPH Bookstore Seremban 2. Berbaloi jugak ada kad nih..ada potongan harga 25%!!
Apa aktiviti anda di hujung minggu ??

p/s : Ucapan tahniah kepada Ayin a.k.a Zulkifli Jusoh kerana telah selamat menjadi bapa pada minggu lepas..

Friday, November 23, 2007

Sehari di Pulau Temasek

Smlm baru balik dari Singapore. Ada keje sikit kat Singapore Polytechnic. Snap few gambar kat sana. Sayangnya, tak boleh ambil di dalam Cleanroom.

Di Front Harbour, sebelum gerak balik
Ni lah 'flight' aku..hehe..
Singgah Kinokuniya, di Tamashimi SC, Orchard Rd
Reading while travelling!

Monday, November 12, 2007

"Booster" terbaru untuk geng-geng SMAIJ94!!


Buku ni ( PhD, Kecil Tapi SIgnifikan) bukan menerangkan kaedah-kaedah dan tatacara untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat PhD ( Doktor Falsafah ) secara detail..tetapi lebih kepada motivasi dan kreativiti yang perlu ada kepada bakal-bakal penuntut yang mengejar gelaran tertinggi dalam dunia akademik. Begitu juga dalam bidang-bidang lain yang memerlukan tahap kefahaman yang tinggi tentang kehidupan di alam ini.Kepada yang berminat boleh dapatkan buku ini daripada penulisnya ( ermm..jangan tak tau, beliau seorang Profesor dalam bidang perakaunan di UITM Shah Alam, dan paling best..Prof Mohd Kamil Ibrahim berasal dari Besut..hebat sungguh Prof MKI!!) sila lawati blog beliau di SINI

p/s..Yadi a.k.a yadoq @ Kayzen dah khatam beberapa kali buku nih...ekekkekek!!

Thursday, November 8, 2007

Kembalikan Bahasa Melayu dalam Math & Sains

Sori lah geng..entry kali ni takde kena mengena dengan politik. Tapi sama-samalah kita pakat-pakat fikirkan. Ermm..Dr. Sheikh Muzafar yang dah sampai ke ISS pun belajar Math & Sains dalam BM!!

Guna semula istilah 'bahasa Melayu'
08-11-2007 08:19:34 PM
Oleh FATHI ARIS OMAR

KUALA LUMPUR: Umno Johor mempertikaikan langkah kerajaan menggunakan kembali Bahasa Malaysia, dan mahu bahasa kebangsaan dikekalkan sebagai 'bahasa Melayu'.

"Sebab itu, kadang-kadang kita tukar ikut suka-suka, termasuk namanya. Alasannya, supaya diterima oleh semua bangsa, boleh jadi alat perpaduan negara. Apakah kalau namanya bahasa Melayu, saya ulang, apabila namanya bahasa Melayu, bermakna ia membawa perpecahan?" kata perwakilan dari negeri itu, Dr Mohd Puad Zarkashi di perhimpunan Umno di sini hari ini.

"Tunggu apa lagi? Kembalikan namanya kepada bahasa Melayu."

April lalu, Kabinet memutuskan menukar istilah bahasa Melayu kepada Bahasa Malaysia bagi mengelakkan polemik selain bagi menunjukkan bahasa itu milik semua kaum, dan pertukaran istilah tersebut akan diguna pakai secara rasmi di semua urusan.

Berucap bagi membahaskan usul ucapan dasar presiden di hari kedua, Dr Mohd Puad juga mempertikaikan penggunaan bahasa Inggeris di institusi pengajian tinggi awam (IPTA), termasuk di Universiti Malaya.

"Sekarang IPTA pula turut celaru. Kalau ada seorang sahaja pelajar luar negara dalam mana-mana mata pelajaran, maka kuliah akan diberikan dalam bahasa Inggeris. ... Ditanya kepada Naib Canselor, itu adalah dasar kerajaan, katanya. Ditanya kepada pihak lebih atas, jawabnya itu bukan dasar tetapi amalan universiti berkenaan sahaja," katanya.

"Mana satu yang betul? Janganlah lepas tangan. Lebih buruk lagi kalau baling batu, sembunyi tangan."

Beliau menambah, Universiti Malaya telah mengarahkan 50 peratus subjek di setiap fakulti mesti diajar dalam bahasa Inggeris. "Jika tidak (dilaksanakan), dekan akan dipersalahkan. Bukankah ini ugutan," katanya.

Dr Mohd Puad, yang senator di Dewan Negara, turut membangkitkan kebimbangannya tentang saham Affin Holding akan dibeli oleh sebuah syarikat dari Hong Kong dengan harga RM2.85 sen, lebih rendah dari pasaran RM3.50.

"Kenapa ini dibenarkan berlaku? Apa rasionalnya penjualan ini, di mana mungkin 24% kepentingan Melayu dalam syarikat berkaitan kerajaan (GLC) Affin Holding Bhd, milik Lembaga Tabung Angkatan Tentera, milik perajurit yang banyak berjasa kepada negara akan terlepas kepada syarikat asing," katanya.

Beliau menggesa Bank Negara membatalkan penjualan tersebut jika ia berlaku kerana menurutnya ia bertentangan dengan semangat Dasar Ekonomi Baru.

Selain itu, Dr Mohd Puad juga mengecam Gagasan Gagasan Badan Ekonomi Melayu (Gabem) yang dipengerusikan oleh bekas Ketua Menteri Melaka, Tan Sri Abdul Rahim Tamby Chik, yang dianggapnya gagal memantau dan bertindak terhadap penguasaan syarikat bukan Melayu.

"Jangan nanti Gabem jadi gebeng, (orang) Jawa kata 'biskut'. Kalau direndam di dalam air sejuk, lembik... kalau direndam di dalam air panas, lagi lembik."

Sumber: Dari Sini

Monday, November 5, 2007

Selamat hari raya!! Lewat skit..hehe


Saya ( paling kiri) dengan member-member...

Gathering SMAIJ94, 2007

Hahaha...cakap banyak tak guna..apa kata kita plan untuk gathering kecil-kecilan sempena cuti raya haji dan krismas bulan doblas nih..

TEMPAT : BESUT ( belum decide lagi kat mana)

TARIKH : ( antara 19-28 December)


KONSEP : MAKAN-MAKAN & TANGKAP GAMBAR RAMAI-RAMAI.
:-)


So tugas kita sekarang, contact member-member lama..lagi ramai lagi syokk..

Sebarang idea sangat lah dialu-alukan..

Friday, November 2, 2007

Kebanggaan SMAIJ..

Anda kenal siapa dia??..hehe..walaupun saudara Ahmad Fadzli Yusof ni bukan dari kalangan "batch 94", tapi dia senior kita setahun di SMAIJ..tabik spring toingg..toingg!! Semoga menjadi motivasi untuk kita semua..
Selamat Hari Jumaat!!



Hj Ahmad Fadzli Yusof seorang Konsultan Kanan di sebuah institut pembangunan diri iaitu Pusat Latihan Resipi Kejayaan (Success Recipe Training Centre-Suretac). Mempunyai pengalaman sebagai peguambela dan peguamcara di Mahkamah Tinggi Malaya dan tenaga akademik di beberapa buah IPTA sekitar Lembah Kelang.


Mendapat pengajian awal di Sekolah Kebangsaan Padang Luas, Jerteh, Terengganu (Pelajar Terbaik 1990) dan seterusnya ke SMA Ittifakiah, Jerteh (Pelajar terbaik PMR 1993). Pada tahun 1994, beliau ke Kolej Islam Sultan Alam Shah dan menduduki SPM dengan cemerlang pada 1995.
Seterusnya, beliau melanjutkan pelajarannya ke Matrikulasi UIAM dari 1996 hingga 1997. Pada pertengahan 1998, beliau memasuki Kampus Induk UIAM Gombak dalam jurusan undang-undang.


Semasa menjadi mahasiswa, beliau terlibat aktif dalam kegiatan kemahasiswaan seperti Pengarah Minggu Anak Yatim, Editor majalah, Ketua Biro Minggu Taaruf dan banyak lagi. Beliau juga pernah dipilih menjadi Presiden Persatuan Undang-undang dan seterusnya Presiden Persatuan Mahasiswa UIAM. Beliau juga pernah menjadi AJK Persatuan Pelajar Undang-undang ASEAN (Malaysia). Beliau adalah antara yang terlibat dalam penubuhan Majlis Perundingan Pelajar Kebangsaan yang dipengerusikan oleh TPM pada waktu itu, Datuk Seri Abdullah Hj Ahmad Badawi.



Dalam masa yang sama, beliau mempunyai pengalaman sebagai pengacara dan penyampai media elektronik. Beliau pernah mengendalikan lebih daripada 100 rancangan TV dan radio seperti Ramadhan al-Mubarak, Hiwar hingga ke Majlis Tilawah al-Quran peringkat antarabangsa. Selain itu, beliau juga seringkali dijemput sebagai panel dan penceramah untuk beberapa ran-cangan di media elektronik seperti rancangan radio Kapsul Harmoni, Inspirasi, U Remaja dan banyak lagi.



Antara seminar yang pernah disertai adalah mewakili belia Malaysia ke Kem Remaja Islam di Saudi Arabia, mewakili Malaysia ke Konvensyen Belia Asia Tenggara (MESKEM), dan banyak lagi. Selain itu, beliau mempunyai pengalaman membentangkan kertas kerja dalam konvensyen dan seminar. Antaranya Konvensyen Mahasiswa Kebangsaan 2002 yang dianjurkan oleh Biro Tata Negara.



Tulisan beliau juga pernah tersiar dalam media cetak. Artikel dan luahan ideanya pernah tersiar di majalah Visi (Keluaran IKIM), Akhbar Mahasiswa, Berita Harian, Siti dan beberapa lagi. Beliau kini juga adalah kolumnis majalah Dewan Siswa dan Mingguan Wanita.



Pada tahun 2004, beliau sudah mula menulis be-berapa buah buku pembangunan diri seperti Mengurus Kerja dan Waktu (Hanya Orang Sibuk Yang Ada Masa), Mengurus Kerja Berpasukan, 55 Petua Orang Berjaya (Bersama Motivator terkenal Dato’ Dr. Mohd. Fadzilah Kamsah) dan Siri Resipi Kejayaan (RK untuk Eksekutif, Pekerja Cemerlang, Pelajar, Siswa Siswi, Remaja). Sehingga Februari 2005, tidak kurang 13 buah buku bina insan yang ditulis oleh beliau.



Sejak tahun 2002, beliau seringkali dijemput bagi mengendalikan ceramah, bengkel, kem dan seminar pembinaan diri. Kini, beliau mengendalikan beberapa modul pembinaan diri iaitu pembinaan konsep diri (self concept and self esteem), mengurus kerja dan waktu, produktiviti, kepemimpinan muda, kerja berpasukan, mengurus stres, seronok bekerja dan kreativiti dalam kerja.



Antara peserta yang pernah mengikuti program kendaliannya terdiri daripada badan korporat, badan kerajaan, institusi pengajian dan NGO. Beliau juga berkongsi idea dan teknik dengan pelbagai institusi seperti Tenaga Nasional Berhad, Permodalan Nasional Berhad, KUKTEM, UniKL, KUIM, KUITTHO dan banyak lagi



Beliau kini adalah penasihat kepada portal motivasi kejayaan iaitu http://resipikejayaan.com. Portal ini menyediakan bahan-bahan bagi meningkatkan motivasi, seperti berita, artikel, idea-idea motivasi dan sebagainya. Para pengunjung boleh mendaftar sebagai ahli dan saling bertukar idea bagi merancang dan menguruskan kejayaan. Beliau boleh dihubungi di laman web http://rktraining.com.


Untuk lebih lanjut, sila ke SINI

Wednesday, October 31, 2007

Good News (untuk bakal-bakal sambung PHD dan Master)

IDB Scholarship Programmes
The Bank's fund and implement its scholarship programmes as part of its overall effort in the development of human resources of its member countries and those of the Muslim communities in non-member countries.

There are three scholarship programmes offered by IDB:

Scholarship Programme for Muslim Communities in Non-Member Countries
This Programme was launched in 1404H (1983G) to enable Muslim students from the Muslim communities in non-member countries to undertake undergraduate studies in medicine, engineering, agriculture and other related fields in their own countries or in the IDB member countries. The Programme is implemented jointly with the Counterpart Organizations through which interested candidates may submit their applications if they have the necessary requirements (e.g., graduated from Senior High School at age 24 years or less with good grades in basic sciences and English or French language, etc). The Programme covers tuition, stipend, books/clothing allowance etc. all as interest-free-loan payable to a local Trust after graduation and gainful employment. ..More >

M.Sc Scholarship Programme in Science and Technology for IDB Least Developed Member Countries
The M.Sc Scholarship Programme was launched in 1419H (1998G) with the objective to assist IDB Least Developed Member Countries (LDMCs) in the development of their human capital especially in science and technology that are both relevant and necessary for their development. A total of 190 scholarships in five years have been made available for a two-year M.Sc study in science and technology for students who are no more than 30 years old, in possession of a B.Sc/equivalent degree, above average in academic standing, etc. The Programme covers living allowance, clothing and books allowance, medical coverage, flight ticket and tuition fee. ...More >

Merit Scholarship Programme for High Technology
The implementation of this Programme began in 1411H (l99l). The Programme is for advanced studies and/or research (3-year Ph.D and 6-12-month Post-Doctorate) in 16 applied science and high technology areas deemed necessary for the development of the member countries. The Programme covers monthly stipend, books/clothing allowance, tuition, thesis/scientific papers preparation, medical insurance, flight ticket, etc. Scholars below the age of 35 for PhD study and below the age of 40 years for Post Doctoral research are eligible for the Programme where 50 scholarships are available every year, if they have a good M.Sc degree, "very good" grades (for PhD study) and PhD (for Post Doctoral research), 2-5 years of experience, some publications and can meet other requirements. ... More >

For more detail pls visit http://www.isdb.org/irj/portal/anonymous?NavigationTarget=navurl://30cc4260c5b903f4dc4f2e27a46818cc&LightDTNKnobID=-12056033

Ikhlas drp Ayin . Ini adalah hebahan ketua jabatan dalam USM.

Tuesday, October 30, 2007

Aswt and good morning to all scientists and researchers,

LABORTARY
A must for manufactury
STATE-OF-THE-ART laboratories are now an integral part of manufacturing and services outfits. For a start, reliable readings often mean cost savings and healthier profits. Concern for product quality and safety, workplace safety, greater environmental awareness and meeting ISO standards are some of the other issues that have driven companies to set up their own laboratories.
From multinationals to small-and medium-enterprises (SMEs), more industrial players are setting up in-house laboratories to do physical and chemical testing in their production chain – from raw material to final output, and even product wastes.
MALAYSIAN SCENARIO
As Malaysia continues to capture a larger slice of the life-sciences market (including healthcare and biotechnology), one can expect higher demand for scientific measurement instruments and consultancy. Annual sales of laboratory equipment-cum-machinery in Malaysia is estimated to be more than RM500 million.
And with biotechnology poised to drive the next wave of knowledge-based industries in Malaysia, there will be increased demand for high-precision laboratory equipment. The National Biotechnology Policy (NBP) sets the direction for the industry and offers tax breaks for private investments. The Ninth Malaysia Plan (2006-2010) will focus on implementing the NBP to develop Malaysia's niches in agriculture biotechnology, healthcare-related biotechnology, industrial biotechnology and bioinformatics.
For Malaysia, growth in this sector means wealth creation, new investment and employment opportunities, as well as social and environmental benefits. As such, the government will continue to support this sector.
With the set-up of the Malaysian Biotechnology Corporation, Malaysia is set to participate actively in one of the fastest growing markets in the world; one with a global market capitalisation of US$700 billion and an annual turnover of US$50 billion.
Additionally, government-backed research institutions like Malaysian Agricultural Research Development Institute (MARDI), Rubber Research Institute of Malaysia (RRI), Forest Research Institute Malaysia (FRIM), Palm Oil Research Institute Malaysia (PORIM), Malaysian Institute of Microelectronic System (MIMOS), SIRIM Berhad and the Malaysian Institute of Nuclear Technology (MINT) are expected to maintain a constant demand for a wide range of laboratory equipment.
conti....after break

Wednesday, October 24, 2007

Gambar terbaru Eidul Fitri 1428H

Assalamualaikum w.b.t
Kepada bekas-bekas pelajar untuk tahun pembelajaran di SMAIJ'94. Disini terlebih dahulu (walaupun sudah agak terlewat) ingin mengucapkan uacpan Selamat Hari Raya Aidilfitri, Mohon Maaf Zahir dan Batin jika ada pernah melakukan salah dan silap sepanjang perkenalan kita semua. Ingin saya perkenalkan diri saya semula bagi mengembalikan memori anda yang dah hilang pada saya setelah sekian lama tidak berjumpa. Saya Zulkifli Bin Jusoh (a.k.a Ayin dari kecik sampai ke tua, hehehe). Besarlah harapan saya jika Datuk, Dato', Datin, Tuan, Puan, Encik, Cik agar dapat merapatkan lagi ikatan ukwah yang telah terputus sekian lama ini dapat dijalinkan kembali dengan adanya website ini. Selamat bertemu kembali daripada saya.
kawan-kawanku semua sudah tentu ada suka dan duka dalam hidup masing-masing, walaupun begitu jika ada yang dah tiada (meninggal) marilah kita sama-sama mensedekahkan Al-Fatihah untuk kawan-kawan dan guru-guru kita yang sudah dijemput ilahi, semoga roh meraka di cucuri dengan rahmat darinya. AMIN
Sekian, wassalam
Zulkifli Hj. Jusoh


Gambar gua yang segak lagi macho...muehehe!!

Salam aidilfitri dari kami sekeluarga
Amry Manzlin
Melissa Saafain ( wife)
Amar Danish ( my boy)
Seri Sofea ( my daughter)




Gambar Imilia yang dinanti-nantikan (Maaf Zahir dan Batin dari Zul a.k.a Ayin)











Gambar Cik Imilia Ismail (dlm kenanagan semasa berada di UK dan di M'sia) : p/s wpun bkn dlm ketogeri bukan tema raya pun kira boleh lah post kat sini yer...yakkk ampun..hihihi



Gambar saya ( Nuriliawani, Hubby & baby Farish Dhani )..orang lain bila lagi ni..nak tgk jugak gambar terbaru..


Apa kata kita pakat letak gambar-gambar terbaru masing-masing sbg salam perkenalan...lagipun skrg masih dalam mood raya..hehe!! So pakcik mulakan dulu..nah!!

Faizal
Nurisya
Ain Edleen

Tuesday, October 23, 2007

Jumpo Kawan Lama

Ust. Rusdi Jusoh dalam lawatan ke Office kawe.

Assalamualaikum kawan2 semua. Hari ini opis ambo dikunjungi dengan Ust. Rusdi Jusoh sahabat kepada Zulkifli Jusoh, adakah kawan2 semua masih ingat akan dia? Ya..dia adalah diantara yang mendapat 8A 1B PMR '94 dulu. Lama betul rasanya tak jumpa dengan dia ada lah lebih kure dalam 15 tahun jugok lah. Terharu jugaklah jumpo best pren mula masa dalam Tingkatan 3 ERT 1 huhuhu... (sori saloh info)
Drp Ayin : "nak tgk DVD dia pun best..for Peja buleh dl movie nie kat http://www.warez-bb.org/ mcm2 movie ada"

Sunday, October 21, 2007

Blog SMAIJ Batch PMR94

Dari kanan ke kiri Ayin, Yudi, Wan Suhairi, Salimi dan tukang buat blog (Peja)


Salam..PMR Tahun 1994 ( atau lebih tepat 1992-1996) merupakan satu langkah perjalanan penting rata-ratanya bagi seorang penduduk di bumi Malaysia yang lahir pada tahun 1979 melangkah ke alam persekolahan menengah selepas berhempas pulas ( sebenarnya bermain ) selama 6 tahun di sekolah rendah. Idea untuk melahirkan komuniti online blogspot bagi bekas pelajar SMAIJ ( Sekolah Menengah Agama Ittifakiah Jerteh ) muncul selepas perjumpaan bekas rakan-rakan lama dari sana sejak 1992 ( rujuk gambar) di malam hari raya ke-5 tahun 2007 bertempat di 88 Felda Selasih, 22020 Jerteh Terengganu, heheh ( rumah aku lah tuu). Oleh itu, www.smaij94.blogspot.com merupakan satu tempat baru, “potluck” untuk bekas pelajar SMAIJ (PMR1994) untuk bergabung semula dan merancang setiap aktiviti yang dirasakan perlu sepanjang tahun( gathering, tukar-tukar fikiran, makan-makan, lepak-lepak, kenal-mengenal etc etc) untuk merapatkan tali persahabatan yang terputus hampir 15 tahun dulu. Tentu banyak pegalaman dan kisah-kisah menarik untuk dikongsi bersama. Arghhh!! Banyak sangat aku membebel nih…nah mari kita join www.smaij94.blogspot.com dan pakat-pakat kita meriahkannya!!

Konsep blog!

a. Boleh diedit sesuka hati oleh ahli berdasarkan username dan password yang sama untuk setiap ahli. Username dan password akan diedarkan dalam emel ( secret woo)

b. Boleh mengepos apa sahaja yang berkaitan dengan diri anda ( biodata ringkas, address terkini, kerja tang mana, status ( ada berani?..hehe)

c. Yang ni penting..gambar!!kalau buleh letaklah gambar terbaru..gabar2 lama pon boleh gak, tp letih skit sebab kena scan dulu rite...dulu-dulu digicam takder lagi kat Malaysia nih

d. Ermm..apa lagi ekk..sila tambah sendiri!!

e. Jaga adab sopan dalam setiap entry anda..mana-mana entry yang dirasakan tidak sopan dan melanggar tatasusila seorang melayu muslim, tanpa rasa was-was kita pakat kick-out ramai-ramai….hehehhe!!

Adios..

p/s: Kita pakai tagline blog kita nih“ceria sokmo” ok tak??..hehe..rasa nak tukar, sukatilah tukar..tarak hal punya!!