Tuesday, December 30, 2008

Mari kita pakat join facebook


Salam all...
Saya dengan ini mengajak tuan-puan/ sedara sedari supaya men''join'kan diri dalam FACEBOOK untuk merapatkan silaturahim di kalangan kita..(juga membuang masa..hehe)

Apa itu facebook..alaa..bukumukaaa/muka bukuuuu...(sambil muncung2kan mulutt)! facebook ni ala2 friendster lah..cuma lebih canggih dan meriah..friendster tu kira agak lama laa..

Jangan cakap banyak...sila2..mudah jer..klik n add list di bawah!!


Monday, December 29, 2008

Kajian tentang blog


Gambar buku dari blog INI

Buku ini ditulis oleh Prof Dr Wan Zawawi dan Jun E .Tan.
Kajian yang dibuat oleh dua penulis ini adalah berkenaan dengan 'trend' membaca dan menulis blog di kalangan rakyat Malaysia..Antara hasil kajian tersebut yang dibuat pada tahun 2006 ialah:

1. Majoriti pembaca blog di Malaysia ialah di kalangan umur 19 - 28 tahun yang membentuk 80% dari segi peratusan keseluruhan

2. Selain KL dans ekitar lembah Klang, bilangan Pembaca blog dari Sarawak melebihi pembaca dari P Pinang

3. Pembaca dari kalangan wanita sebanyak 44%

4. Pecahan pembaca mengikut kaum

78% Cina

19% Melayu
2% India
1% lain-lain

Selepas PRU-12 baru baru ini semua orang heboh mengenai blog dan peranannya yang mengubah persepsi warga Malaysia tentang kempen pilihanraya..

Agak-agaknya bangsa manakah yang benar-benar memanfaatkan blog..Hmm..
Renung-renungkan..

p/s: Aku belum pun baca lagi buku ini..cuma merujuk apa yang ditulis oleh Prof Emeritus Abdullah Hassan , Pengarah Institut Peradaban Melayu UPSI

p/s/s..Sesiapa yang sudi menderma buku ini kat aku di Montreal ni, silalah berbuat demikian yer..heheh!!

Sunday, December 7, 2008

SALAM AIDILADHA


Kepada rakan-rakan SMAIJ94 khususnya dan sahabat-sahabat lain, kami sekeluarga mengucapkan selamat menyambut Hari Raya Aidiladha 1429 Hijrah.

Semoga setiap pengorbanan kita diterima ALLAH..

Amiinn!

(gambar korban tahun 2004 di Felda Selasih hehe!)

~peja & keluarga (Quebec, Canada )

Thursday, November 27, 2008

Lanjutan kisah kedai buku di Terengganu

Dipetik dari blog Arief Hakim...Seorang saudagar buku terkenal di KL di bawah tajuk 'posting' blog beliau yang bertajuk:


Pening kedai buku di Terengganu

Pening kedai buku di Terengganu, sampai sekarang tidak ada shopping mall yang beroperasi di Kuala Terengganu. Ini menyebabkan mana-mana kedai yang terfikir untuk membesarkan perniagaan mereka tersangkut.

Rakyat Kelantan lebih bertuah - sudah ada KB Mall yang beroperasi dengan jayanya di Kota Bharu. Malah ada satu lagi yang sedang dibangunkan sekarang, dan katanya akan dianchorkan oleh satu hipermarket gergasi.

Dengan kehadiran mall di KB, 2 kedai buku yang besar sudah dapat satu tapak perniagaan yang sangat baik. Popular Bookstore berdepan dengan satu pemain baru, Kedai buku SMO. Kedua-duanya mencatat jualan yang memberansangkan di KB Mall. Persaingan anatara 2 kedai buku utama ini akhirnya akan memberikan perkhidmatan yang lebih baik kepada pembeli buku di Kelantan dengan pelbagai tawaran dan pilihan terkini. Era jualan buku secara moden sudah sampai di Kota Bharu.

Sebaliknya, pembaca buku di Terengganu masih dinafikan dari menikmati kedai buku besar, lengkap dan moden.

Bangunan KT Mall itu sudah siap, tapi sehingga kini tidak dibuka lagi. Saya sendiri pelik kerana mall itu mengambil masa terlalu lama untuk siap dan dibuka. Dari segi permintaan, saya dengar sudah ada retailer yang mahu membuka kedai disitu. Mustahil pemaju mahu berlambat-lambat kerana itu semua kos kepadanya.

Gosip yang kita dengar, "Ada masalah politik" kata rakan-rakan di Kuala Terengganu.

Kalau benar gossip itu, maka teramat rugi ekonomi di Kuala Terengganu ini. Banyak bisnes yang berpotensi untuk maju, menjana pekerjaan, dan memberikan pelbagai pilihan kepada rakyat Terengganu akan tersangkut. Gangguan politik ini sama sekali tidak membantu perkembangan ekonomi negeri.

Satu-satu harapan kepada pembaca di Terengganu ialah Mesra Mall di kertih. Popular Bookstore sudah beroperasi di situ dan khabarnya menerima sambutan yang sangat baik.
Di sebalik kejayaan popular di Mesra Mall, ada satu supermarket yang sehingga kini tidak dapat membuka pintu walaupun semua papan tandanya sudah naik.

Cerita yang sama saya dengar, "Ada masalah politik"

Walaupun tidak selesai 'masalah politik' di Terengganu ini, ternyata warung tomyamnya maju kedepan dengan memberikan perkhidmatan wifi percuma kepada pelanggannya.

-- Posting dari 'payung biru', Kertih.

arief hakim

*************************************************************************************

Komen:

Bila agaknya syarikat SMAIJ94 Sdn.Bhd nak terbentuk dan buka kedai buku besar menggalakkan orang-orang Terengganu rajin membaca yer..hehe!! (mari kita berangan-angan)

gambar ni menunjukkan salah satu cabaran buka kedai buku di Terengganu, melarang org membaca!...wtf!!

p/s: gambar di ambil di stesen Petronas Chenih, Kemaman sekitar bulan Ogos 08

~peja~

Monday, October 13, 2008

Kenangan-kenangan

Di mana anda sekarang?? Apa khabar?...hehe

3SPN1

2 SPN1


Ramai dah jadi mak orang..hehe!

Pelajar wanita

Cikgu-cikgi

p/s: sekiranya ada gambar2 dari kelas lain SPN / ERT..sila emel ke pej88@yahoo.com..scan kasi cantik2 skit..heehhe!

~peja~

Saturday, October 11, 2008

Makluman biasa

Terima kasih kepada rakan-rakan yang menganjurkan program perjumpaan raya kecil-kecilan baru-baru ini. Semoga dari semasa ke semasa sentiasa ada kemajuan...yeahh!!

Ok, saja nak maklumkan, Tuan Mufti muda dari Perlis Sahibus Samahah Dr Asri Zainul Abidin, yang sentiasa mengegarkan pemikiran umat islam melalui kolum Minda Mufti setiap Ahad dalam Mingguan Malaysia dan juga medium-medium massa dan elektronik yang lain akan ditamatkan kontrak beliau hujung tahun ini. Untuk makluman juga penamatan kontrak jawatan mufti ini ada hubungkait dengan 'silat lincah' politik ala bangsat Malaysia. Asal lantang jer kena pecat!!
WTF!

Sekian terima kasih
heheh!!

~peja~

p/s: Oh ya, Shah Rukh Khan dapat title Datuk dari kerajaan Negeri Melaka. Lahanat betul! (ni mencarut versi orang Melaka yang hanya 'valid' untuk berita2 lagu nih) Baca SINI.

Monday, October 6, 2008

Gathering Alumni Smaij94/Kali Ke-2

Jerteh , Bukit Keluang 4 Syawal 1429 Hijrah . Gathering kali ke-2, seramai 5 orang (Ayin, Limi, Yadi, Napisah dan Imilia) ahli alumni batch 94 telah berkumpul di SMAIJ pada jan 10.00 pagi hari tersebut .

Untuk makluman perjumpaan Alumni ini telah diselaraskan oleh batch84/85 yang mana pada hari tersebut semua yang datang berkumpul pada hari ini adalah senior yang tidak pernah kami kenali dan jumpa pun sebelum ini dan pihak kami dimaklumkan perjumpaan yang diadakan ini adalan untuk semua bekas pelajar SMAIJ dan tidak mengikut batch. Walaubagamana pun pihak kami telah meninggalkan profil peribadi masing-masing pada buku kedatangan yang disediakan oleh pihak pengajur.

Seterusnya perjumpaan ini diteruskan dengan sesi persegaran di Bukit Kluang Resort yang mana telah diikuti oleh kehadiran En. Yudi selepas itu. Sesi Perjumpaan tamat pada jam 01.40 tengahari.



Adalah diharapkan pada masa akan datang perjumpaan seperti akan terus diadakan lagi walaupun bukan pada Syawal. Semoga lebih ramai lagi batch SMAIJ94 akan turut serta program-program seperti ini.


Nota : Penaung tiada macam ada kure sikit laa.....

Wednesday, October 1, 2008

Salam aidilfitri 1429 H

Allahu Akbar
Allahu Akbar
Allahu Akbar

Walillah ilhamd!

Kepada sahabat-sahabat warga SMAIJ94, yang sedang mem'baham kuih raya tuu ( hehe) ingat-ingatlah ambo kt sini..rindu sungguh kat 'taper' pulut bungkus pakai daun getah...huhu..Nak bungkus tapai pakai daun maple, ayin kato sembelit...hahha!

@ Marche Jean Talon

Daun maple

Bermaaf-maafan lah sesama kita di hari baik bulan baik Syawal ini..semoga kehidupan sementara di dunia ini sentiasa 'syooook' dan bahagia selalu..

p/s: rajin-rajinkan update blog walaupun bz di opis masing-masing.. :-)

~peja~

Thursday, September 25, 2008

Korek Hidung tidak Batalkan Puasa

Sumber dari Utusan Malaysia: 23/09/2008

Perkara yang tidak membatalkan puasa

Percayakah anda ketika anda berpuasa anda masih boleh melakukan hal-hal berikut?

l. Anda boleh mengorek hidung, telinga dan lain-lain rongga. Sungguh hairan apakah kaitannya mengorek hidung atau telinga dengan berpuasa. Tidak pastilah kalau ada di kalangan kita yang mengorek hidung atau telinga lalu terasa kenyang. Sesungguhnya tiada dalil yang mengatakan batalnya puasa kerana memasukkan sesuatu ke dalam rongga badan. Sekiranya tiada dalil, maka tiadalah hukum makruh atau lain-lain terhadapnya.

lAnda tidak perlu risau untuk berendam di dalam kolam sepanjang waktu di siang hari ketika Ramadan kerana ia tidak makruh dan tidak membatalkan puasa. Lihatlah riwayat hadis yang sahih ini. Seorang sahabat berkata: “Aku melihat Rasulullah SAW mencurahkan air ke atas kepala baginda ketika baginda berpuasa, kerana dahaga atau kepanasan”. (Riwayat Abu Daud: 2365, disahihkan oleh Sheikh Nasiruddin Al-Bani di dalam Sahih Sunan Abu Daud)

lAnda boleh makan walaupun waktu Imsak telah masuk iaitu lebih kurang 10 minit sebelum waktu subuh. Anda hanya perlu berhenti makan apabila diyakini telah masuk waktu subuh. Rasulullah bersabda: “Fajar ada dua jenis, fajar yang apabila ia tiba, haram untuk makan dan dibolehkan melakukan solat (fardu subuh) dan fajar yang apabila ia tiba, kamu tidak dibolehkan melakukan solat (solat subuh) dan dibolehkan makan.” (riwayat Al-Hakim dan Ibn Khuzaimah).

Allah berfirman di dalam Surah Al-Baqarah ayat ke-187 yang bermaksud: Makan dan minumlah kamu sehingga benang putih (waktu fajar) berpisah daripada benang hitam (malam).

Di dalam hadis sahih, Rasulullah bersabda: “Makan dan minumlah sehingga Ibn Umm Maktum mengumandangkan azan.”

Ia sangat baik dan dituntut di dalam agama kita untuk makan di waktu akhir-akhir bersahur berdasarkan hadis yang berikut iaitu, Rasulullah SAW bersabda “Umat aku akan sentiasa kekal dalam keadaan bersederhana dan sempurna selagi mana dia mempercepatkan berbuka dan memperlambatkan sahur.”

lSekiranya anda telah meyakini bahawa telah masuk waktu subuh dan ada lagi makanan atau minuman yang tinggal di dalam mulut anda. Anda boleh menelan dan menghabiskannya tanpa perlu dikeluarkannya dari mulut anda.

lAnda tidak perlu melafazkan niat seperti Nawaitu Sauma Ghadin… kerana Nabi Muhammad S.A.W. tidak pernah mengajarkannya. Niat itu tempatnya di hati. Apabila anda bangun sahur, ia membuktikan anda sudah berniat untuk berpuasa. Jika tidak, buat apa anda hendak bangun bersahur.

lTidak makruh untuk anda menggosok gigi pada siang hari sepanjang bulan Ramadan sama ada dengan kayu siwak atau dengan berus gigi.

lAnda harus makan dahulu makanan dan minuman sekiranya makanan telah dihidangkan sebelum pergi solat Maghrib. Rasulullah SAW bersabda: “Apabila telah dihidangkan makan malam, maka mulakanlah dengannya sebelum kamu menunaikan solat Maghrib dan janganlah kamu tergopoh- gapah ketika makan malam kamu.” (Muttafaq ‘Alaih, lihat Sahih al-Bukhari: 31).

lAnda boleh pergi ke klinik pergigian untuk mencabut gigi, menampal gigi, mencuci gigi dan sebagainya.

lAnda juga dibenarkan mandi dan berenang. Sekiranya anda telah menelan air secara tidak sengaja, maka ia tidak membatalkan puasa. Menurut kebanyakan ulama, berenang dibenarkan ketika berpuasa manakala menyelam tidak dibenarkan kerana ia akan menyebabkan air masuk ke dalam mulut dan hidung lalu sampai ke perut.

lAnda boleh menggunakan wangi-wangian, memakai kanta sentuh atau menggunakan ubat titik ke dalam mata.

lAnda dibenarkan untuk mengambil suntikan yang bermotifkan untuk rawatan dan perubatan. Bukannya suntikan yang mengambil peranan makanan dan minuman iaitu suntikan untuk memberikan tenaga dan kekuatan kepada anda.

lAnda boleh pergi untuk memeriksa dan menderma darah.

lAnda boleh makan dan minum dengan tidak sengaja. Ini berdasarkan suatu hadis yang bermaksud: Umat Islam tidak akan dipertanggungjawabkan atau diampunkan sekiranya melakukan perkara dalam keadaan tersilap, dalam kedaan terlupa dan dalam keadaan terpaksa. (Muttafaq ‘Alaih)

lSekiranya anda tertidur di siang hari dan bermimpi yang menyebabkan keluar air mani, ia tidak membatalkan puasa.

lSekiranya anda melakukan hubungan kelamin dan tidak mandi junub sebelum fajar menyinsing, puasa anda masih sah dan tidak batal dan anda dibenarkan untuk mandi junub selepas waktu fajar.

lSekiranya haid anda tamat pada malam hari, anda boleh berpuasa keesokan harinya walaupun anda mandi junub selepas waktu fajar.

Dalam kedua-dua kes yang di atas, kewajipan mandi junub tetap kekal kepada mereka tetapi berpuasa tidak akan batal dan terkesan dengan ketidaksempatan untuk mandi junub sebelum waktu fajar.

lAnda boleh berciuman dengan suami atau isteri anda ketika berpuasa, tetapi anda perlu mengelakkannya supaya tidak membawa kepada benda yang diharamkan di dalam bulan Ramadan iaitu hubungan kelamin.

Maklumat di atas disebut oleh para ulama seperti Syeikh Yusuf Al-Qaradawi dalam Fiqh as-Siyam, Ibn Hazm, Syeikh Abdul Aziz bin Baz, Syeikh Ibn Uthaymin dan lain-lain.

MUHAMAD ADIB MOHAMED SAAT dari Kulliyyah Undang-Undang Ahmad Ibrahim, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia.


~peja~

Tuesday, September 23, 2008

Kita Anak Malaysia

Saya membaca sebuah blog seorang warganegara Malaysia berbangsa cina yang menulis kesedihan beliau tentang tuduhan liar yang dilemparkan kepada kaum cina terutamanya di Malaysia seperti bangsa pendatang, warga tidak berterima kasih, bangsa syaitan yang tidak boleh mendengar azan dan menyuruh pulang ke Tanah Besar Cina. Lebih berat lagi tuduhan ini bukanlah dilakukan oleh penagih dadah, mat rempit, pelacur, pengangkang dan pengemis tetapi diluahkan oleh seorang yang berjawatan tinggi dan berpengaruh. Apa reaksi kita sebagai warganegara yang waras dan boleh berfikir secara sihat. Saya tidak lihat perkara sebegini sebagai sesuatu yang sihat dan boleh dibiarkan berlarutan. Kita sedia maklum bahawa Malaysia tercinta sebuah negara yang mempunyai kepelbagaian kaum yang unik dan telah termaktub kemas di dalam perlembagaan. Melayu, Cina, India, Kadazan, Iban, Murut, Siam dan lain-lain adalah anak Malaysia dan anak semua bangsa. Tidak perlu kita bertelagah tentang isu-isu hak ketuanan melayu dan sebagainya. Terlalu sempit hidup ini kalau hanya difokuskan tentang perkara tersebut.Kita anak semua bangsa. Seharusnya kita berbaik sangka antara satu sama lain. Janganlah disebabkan pembacaan akhbar kita yang sempit dan terpengaruh dengan paparan berita TV yang belum tentu tepat kita sudah melenting tak bertempat lantas menuduh orang itu begitu dan begini.

Kita sedar sebagai kaum melayu, kita masih ketinggalan dalam ekonomi, pendidikan dan alam pemikiran yang matang. Jadi apa yang perlu kita buat. Belajarlah dengan mereka yang sudah di hadapan. Janganlah bodoh sombong! Jangan seperti “enau dalam belukar, melepaskan pucuk masing-masing”, pentingkan diri sendiri! Buang jauh-jauh hasad dengki. Ini tidak, lihat sahaja melayu yang berjaya, macam-macam tuduhan dilemparkan. Ada sahaja bangsa melayu meningkat naik, rasuah lah tuh, bodek la tuh, dan macam-macam lagi. Begitu juga dengan pendidikan. Kalau senior bangsa lain sibuk membahagi-bahagikan nota untuk freshies, bangsa kita sibuk me’raging junior melalak pada waktu dinihari atas alasan orientasi pelajar baru. Siapa yang salah?

Berbalik kepada persoalan asas sebagai warganegara Malaysia, kita perlu bersaing secara waras dan sihat dalam segenap lapangan. Paradigma dan pola berfikir cara baru bangsa kita kalau ingin terkehadapan, mestilah dimulakan dengan membuang sifat-sifat negatif yang sejak zaman-berzaman menghantui kita. Hapuskan pemikiran ‘inferior’ berdasarkan kefahaman kaum dan bangsa yang sempit. Kita anak semua bangsa. Bangsa Malaysia! Tidak ada hak ketuanan Melayu. Yang ada hak ketuanan Islam! Dan islam itu bukan milik melayu sahaja! Cina, India, Murut, Iban, Kadazan dan bangsa siam juga ramai yang beragama islam dan kadang-kadang lebih baik dari islam kaum melayu !


Salam aidilfitri

Maaf zahir & batin

~peja~

Sunday, September 21, 2008

Marche' Atwater a.k.a Pasar Atwater





Sian dah budak Ain nih..penatt!!..nanti jap lagi sambong tido kat umah deh....huhu!

http://armadillo.fotopages.com

Verdun, Montreal
Quebec City
Canada
20 September, 2008

Tuesday, September 16, 2008

Salam Ramadhan 1429 H

Selamat menyambut bulan ramadan yang mulia kepada seluruh warga SMAIJ94. Semoga ramadan kali ini membawa seribu keberkatan dan kemuliaan.
Bila laa nak dapat malam lailatulqadar...
:-)

~peja & family~
Quebec City, Canada
15 sept, 2.52 pm

Monday, August 25, 2008

New Journey

Salam rakan-rakan!

Sori lama x update...ada busy sikit!

Insyaallah 1 September pukul 1015 pagi bersamaan 1 Ramadhan, ( kalau diisytiharkan oleh Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja lah), kami sekeluarga akan berangkat ke Montreal, Quebec City, Canada. My otherhalf akan sambung belajar di sana lebih kurang 4 tahun. So kena lah follow bagi support dsbg..

Minggu ini saya sudah mula bercuti dari IMEN-UKM yang terchenta ini...hehe!

Mulai esok atau lusa, internet line umah dah takder, so blog akan diupdate semula selepas talian internet dipasang semula di sana nanti Insyaallah!

Saya mungkin akan lebih aktif mengemaskini life di sana di blog saya sendiri di SINI.

So, jumpa lagi sahabat-sahabat sekelian! Doakan kami dipermudahkan segala urusan!

Au revoir!
by ~peja~

Thursday, August 14, 2008

Perhimpunan Agong Tahunan Geng SMAIJ94, 2008

Sembang-sembang dgn Cik Naps tadi, ada idea nak buat 'gathering' lagi skali. Kali ni ideanya kita buat majlis buka puasa di mana-mana restoran best kat Kelate since ramai gak yang menetap di sana ( Tempatnya Naps akan tolong carikan insyaallah katanya!) Puasa dah dekat nih..rugi tak jumpa sahabat-sahabat SMAIJ94 lama! So sapa yang bersetuju terus tulis kt blog ni atau kasi emel kt Naps! emel Naps, sila mintak dengan dia!

sekian berkhidmat utk negara

~peja~

p/s: Masa dan tarikh akan ditentukan kemudian. Sila bagi nama kehadiran..kita kasi free gift heheh! ( jokes jer nih )

Tuesday, August 5, 2008

KONTRAK SOSIAL MALAYSIA



1. Sebelum adanya Malaya dan Malaysia, semenanjung ini dikenali sebagai Tanah Melayu.


2. Hanya berkata ini akan sebabkan kita dituduh bersifat perkauman.


3. Untuk terangkan berkenaan asal-usul kontrak sosial Malaysia saya terpaksa imbas semula sejarah


.4. Melalui perjanjian-perjanjian yang ditandatangani Raja-Raja Melayu Semenanjung, British telah mendapat hak untuk menakluk Negeri-negeri Melayu. Perjanjian-perjanjian ini mengakui dan mengesahkan Negeri-negeri ini sebagai Negeri-negeri Melayu. Tidak ada sesiapa pun yang membantah. Orang Asli juga menerima keadaan ini dengan penerimaan oleh mereka pemerintahan Raja-Raja Melayu.


5. Pada mulanya penduduk yang tinggal di Negeri-negeri ini dibahagi kepada orang Melayu dan Orang Asli yang merupakan rakyat Raja-raja Melayu dan tetamu asing yang tidak dianggap sebagai rakyat kepada Raja-raja Melayu. Tidak ada kewarganegaraan mahupun dokumen berkenaan taraf kerakyatan sepertimana di kebanyakan negara-negara lain.


6. Tetamu asing ini hidup mewah di Negeri-negeri Melayu di bawah pentadbiran British dan di jajahan British di Pulau Pinang, Melaka dan Singapura. Orang Melayu yang menjadi rakyat kepada Raja-raja Melayu dan Raja-raja Melayu sendiri tidak sikitpun merasa tergugat dengan bilangan besar orang bukan Melayu dan perbezaan jurang kekayaan dan kemajuan di antara tetamu asing ini dan rakyat Raja-Raja Melayu. Mereka tidak terfikir yang orang asing yang menetap di negara ini akan menuntut hak kewarganegaraan.


7. Apabila Jepun menakluk Negeri-negeri Melayu dan Negeri-negeri Selat, orang Cina merasa tidak selamat kerana Jepun merupakan musuh tradisi mereka.


8. Ramai orang Cina telah menubuhkan dan menganggotai angkatan gerila dan lari ke dalam hutan. Apabila Jepun serah diri, gerila-gerila Cina ini keluar dan merampas balai-balai polis di kawasan pedalaman dan isytihar yang mereka adalah pemerintah negara ini. Mereka menangkap ramai orang, Cina dan Melayu dan beberapa daripada mereka ini dibunuh.


9. Orang Melayu di kampung-kampung membalas dengan membunuh orang Cina di kawasan luar bandar. Ketegangan timbul dan pertempuran antara Cina dan Melayu dielak hanya dengan kedatangan angkatan tentera British. Tetapi perasaan marah dan benci antara kedua-dua kaum ini tetap tinggi.


10. Di dalam keadaan tegang ini British mencadang penubuhan Malayan Union yang akan memberi "tetamu-tetamu" ini hak kerakyatan yang tidak membezakan mereka daripada orang Melayu.


11. Orang Melayu menolak Malayan Union dan cadangan hak kerakyatan ini. Mereka paksa British untuk kembali keapda keadaan asal atau status quo ante di dalam Persekutuan Tanah Melayu (Federation of Malaya) yang baru.


12. Hanya orang Cina yang menjadi rakyat Negeri-negeri Selat layak untuk mendapat kerakyatan di dalam Persekutuan yang baru ini. Sudah tentu warganegara keturunan Melayu jauh lebih ramai daripada rakyat Malaya yang berketurunan Cina.


13. Pemimpin-pemimpin Cina merayu kepada British, yang kemudiannya menekan Presiden UMNO, Dato Onn Jaafar supaya mencadangkan agar UMNO dibuka kepada semua kaum. Cadangan ini ditolak lain-lain pemimpin UMNO dan Dato Onn terpaksa melepaskan jawatan.


14. British terus beri tekanan kepada orang Melayu untuk bersikap lebih terbuka berkenaan soal kerakyatan bagi orang bukan Melayu.


15. Presiden UMNO Tunku Abdul Rahman memutuskan untuk menubuhkan pakatan dengan MCA (Malaysian Chinese Association) dan MIC (Malaysian Indian Congress). Dalam pilihanraya Majlis Perundangan Persekutuan (Federal Legislative Assembly) 1955, oleh kerana kurangnya kawasan majoriti penduduk Cina dan India, MCA dan MIC terpaksa letak calon mereka di kawasan yang mempunyai majoriti Melayu selepas UMNO bersetuju untuk tidak bertanding di kawasan-kawasan ini dan sebaliknya menyokong calon Cina MCA dan calon India MIC.


16. Begitu sokongan orang Melayu terhadap calon Perikatan MCA dan MIC hinggakan mereka menang walaupun menentang calon Melayu daripada PAS. Calon MCA dan MIC kesemuanya menang. Hanya UMNO kalah satu kerusi kepada PAS.


17. Tunku sebagai Ketua Menteri Persekutuan Tanah Melayu kemudian memutus untuk menuntut kemerdekaan. British terus berkeras menuntut hak kerakyatan bagi orang Cina dan India sebagai syarat memberi kemerdekaan.


18. Untuk mengatasi halangan British terhadap kemerdekaan dan untuk memenangi sokongan orang Cina dan India Tunku memutuskan untuk beri satu juta kerakyatan kepada kedua-dua komuniti ini berdasarkan hanya kepada permastautin. Salah seorang rakyat baru yang menonjol ialah (Tun) Leong Yew Koh, bekas general di dalam angkatan tentera nasional China yang kemudiannya dilantik Gabenor Melaka.


19. Di peringkat ini pemimpin-pemimpin ketiga-tiga parti yang berdasarkan kepada kaum yang telah mendirikan Kerajaan pemerintahan sendiri di dalam Persekutuan Tanah Melayu (Federation of Malaya) British telah berbincang dan mencapai persetujuan berkenaan syarat perhubungan antara ketiga-tiga kaum di dalam Persekutuan Tanah Melayu yang merdeka.


20. Ianya merupakan agihan yang sama rata. Sebagai balasan untuk satu juta kerakyatan bukan Melayu, orang bukan Melayu mesti mengakui kedudukan istimewa orang Melayu sebagai Bumiputera. Beberapa peruntukan undang-undang seperti kedudukan Islam sebagai agama rasmi, pengekalan tanah rizab Melayu, kedudukan Raja-raja Melayu dan adat istiadat Melayu dan pengagihan jawatan dalam Kerajaan juga termasuk di dalam persefahaman ini.


21. Dalam soal Bahasa Kebangsaan, Bahasa Melayu telah dipersetujui sebagai Bahasa Kebangsaan. Bahasa Inggeris pula sebagai bahasa ke-dua. Kaum Cina dan India boleh terus gunakan bahasa mereka tetapi bukanlah sebagai bahasa rasmi untuk berkomunikasi.


22. Sekolah rendah Cina dan Tamil juga boleh menggunakan bahasa masing-masing sebagai bahasa pengajar. Bahasa-bahasa ini juga boleh digunakan di sekolah menengah, tetapi hanya di sekolah menengah swasta.


23. Di pihak mereka pemimpin-pemimpin Cina dan India yang mewakili parti mereka menuntut agar kerakyatan dijadikan hak mereka yang tidak boleh ditarik balik, mereka dibenar kekalkan bahasa, agama dan budaya mereka dan sebagai rakyat mereka diberikan hak politik sepertimana yang diberikan kepada semua rakyat.


24. Kebanyakan persetujuan dan persefahaman ini terkandung di dalam Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu merdeka. Bagi setiap yang diperuntukkan kepada orang Melayu, akan sentiasa terdapat peruntukan bagi yang bukan Melayu. Tidak ramai yang sebut akan hakikat ini. Yang menarik perhatian ramai dan yang menjadi tajuk perbalahan ialah apa yang diperuntukkan kepada orang Melayu dan lain-lain kaum Bumiputera sahaja.


25. Demikian walaupun Bahasa Melayu dijadikan Bahasa Kebangsaan, bahasa Cina dan Tamil tetap bebas digunakan di sekolah Cina dan Tamil. Peruntukan ini tidak terdapat di mana-mana negara lain. Bahkan di negara-negara yang liberal sekalipun tidak terdapat jaminan seperti ini yang termaktub di dalam Perlembagaan.


26. Bahasa Kebangsaan ini haruslah dipelajari semua orang agar setiap warganegara Malaya dapat berkomunikasi antara satu sama lain di mana-mana sahaja.


27. Difahamkan bahasa Cina yang di maksudkan di dalam persefahaman tersebut adalah dialek-dialek Cina yang ditutur di Malaysia dan bukannya bahasa kebangsaan negeri China. Demikian bagi kaum India Malaya bahasa Tamil digunakan dan bukannya Hindi atau Urdu atau apa-apa bahasa pun yang menjadi bahasa Kebangsaan di India. Tetapi para pendidik aliran Cina kemudiannya mengguna Bahasa Cina yang menjadi bahasa Kebangsaan negara China iaitu Mandarin.


28. Islam adalah agama rasmi tetapi agama-agama lain boleh dipraktik penganut masing-masing tanpa apa-apa halangan. Sebagai agama rasmi Islam mendapat bantuan Kerajaan. Tiada tersebut tentang bantuan bagi mana-mana agama lain. Bukan Melayu tidak menekankan tentang ini dan Perlembagaan Persekutuan tidak pun sebut tentang bantuan Kerajaan terhadap agama lain. Namun sokongan dan bantuan tetap diberikan.


29. Kuota ditetapkan bagi kakitangan Kerajaan (Malayan Civil Service) dimana orang Melayu akan mendapat empat tempat bagi setiap satu yang diberikan kepada orang Cina dan India. Walaubagaimanapun, jawatan profesional diiktiraf terbuka bagi semua kaum kerana dianggap tidak mungkin terdapat cukup bilangan orang Melayu untuk mengisi jawatan-jawatan tersebut.


30. Hasilnya pada awal kemerdekaan terdapat lebih ramai kaum bukan Melayu daripada Melayu yang mengisi jawatan dalam Divisyen Satu.


31. Yang Di-Pertuan Agong atau Raja-raja Melayu akan menentukan kuota biasiswa dan lesen bagi orang Melayu. Tetapi tiada sesiapa yang akan dirampas mana-mana permit atau lesen hanya untuk diberikan kepada kaum Bumiputera.


32. Kedudukan Raja-raja Melayu termaktub dan tidak boleh dipersoalkan. Seorang Yang Di-Pertuan Agong akan dipilih daripada sembilan Raja-raja Melayu dan akan berkhidmat selama lima tahun.


33. Raja-raja akan menjadi Raja berperlembagaan. Kuasa eksekutif akan dilaksanakan oleh Menteri Besar, Ketua Menteri dan Perdana Menteri yang dipilih dan dibantu ahli majlis atau Kabinet. Amalan British dijadikan contoh.


34. Persetujuan yang paling penting ialah pelaksanaan Demokrasi Berparlimen digabungkan dengan Raja Berperlembagaan, sekali lagi seperti yang diamalkan di United Kingdom. Harus diingat pihak British telah mengenakan Kerajaan Kolonial kuku besi ke atas Negeri-negeri Melayu dengan kuasa diletak pada Pejabat Kolonial di London.


35. Sebelum ini Negeri-negeri Melayu diperintah secara feudal di mana Raja-raja Melayu mempunyai kuasa mutlak. Hanya golongan bangsawan yang memain peranan dalam politik negeri. Rakyat Melayu tidak langsung ada apa-apa hak politik. Sudah tentu tetamu juga tidak mempunyai suara dalam hal-hal berkenaan politik. Warganegara British keturunan Cina dan India juga tidak mempunyai apa-apa suara walaupun mereka boleh dilantik sebagai Ahli Kehormat Majlis Kerajaan Tempatan atau Perundangan.


36. Keputusan untuk melaksana sistem Kerajaan berlandaskan demokrasi merupakan satu langkah radikal di dalam pentadbiran Kerajaan di Persekutuan Tanah Melayu dan Negeri-negeri Melayu. Ini dipersetujui pemimpin ketiga-tiga kaum terbesar yang diwakili parti-parti politik UMNO, MCA dan MIC. Tidak syak lagi yang parti-parti ini mewakili sebahagian besar daripada ketiga-tiga masyarakat di Malaya. Pihak Komunis dan yang berhaluan kiri lain tidak menyatakan persetujuan mereka terhadap persefahaman ini.


37. Suruhanjaya Reid diberi penerangan tentang perjanjian dan persefahaman ini agar ianya akan dimasukkan kedalam Perlembagaan yang akan digubal. Ketiga-tiga parti meluluskan Perlembagaan yang digubal setelah beberapa pindaan dilakukan. Kesannya Perlembagaan ini menjadi kontrak yang mengikat ketiga-tiga kaum di Persekutuan Tanah Melayu menjelang merdeka pada tahun 1957.


38. Apabila Sabah dan Sarawak menyertai Negeri-negeri Semenanjung untuk membentuk Malaysia kontrak sosial ini di panjangkan kepada kedua-dua negeri ini. Orang Bumiputera Sabah dan Sarawak di beri taraf yang sama dengan orang Melayu. Pada masa ini juga perkataan Bumiputera diperkenalkan untuk membezakan orang Melayu dan orang Bumiputera Sabah, Sarawak daripada yang berketurunan pendatang. Kerana Bahasa Melayu dugunakan secara meluas di negeri-negeri Borneo tidak ada kesulitan bagi penerimaan Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan. Walaupun kaum Bumiputera di kedua-dua negeri ini bukan semuanya orang Islam ini tidak memerlukan pindaan kepada Perlembagaan apabila perkataan Bumiputera diterima. Tetapi definisi rasmi bagi orang Melayu tetap tidak berubah.


39. Oleh itu pembentukan kontrak sosial dimaktubkan dalam pertama, Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu dan seterusnya Malaysia. Untuk mengatakan yang ianya tidak wujud samalah dengan menidakkan kandungan Perlembagaan yang diasaskan kepada penerimaan oleh pemimpin-pemimpin ketiga-tiga kaum terhadap kontrak sosial yang asal.


40. Kesemua tindakan susulan oleh Kerajaan adalah hasil daripada kontrak sosial ini. Hakikatnya pencetus kontrak sosial ini dan pewaris-pewaris mereka yang diiktiraf rakyat di setiap Pilihanraya Umum menunjukkan kesediaan rakyat untuk menghormati kontrak sosial ini.


41. Menidakkan kewujudan kontrak sosial ini ialah seperti berkata yang Malaysia ini wujud di dalam suasana kekosongan, tidak ada Perlembagaan dan undang-undang yang berlandaskan kontrak ini.


42. Pelaksanaan kontrak sosial ini memerlukan pemahaman semangatnya yang mendalam. Kontrak sosial ini bertujuan mewujudkan satu negara berbilang kaum yang stabil dan harmoni. Apa jua faktor yang akan akibatkan ketidakstabilan dan menghasilkan ketegangan di antara kaum haruslah dianggap tidak sesuai dengan semangat kontrak sosial ini.


43. Selama 50 tahun tidak ada sesiapa yang menyoal kontrak sosial ini. Malahan hari ini pun majoriti kaum Cina dan India dan Bumiputera Melayu dan kaum Bumiputera Sabah dan Sarawak menerima kontrak sosial ini. Tetapi kerana Dato Seri Abdullah Ahmad Badawi pada asasnya kalah dalam pilihanraya 2008 dan sekarang mengetuai Kerajaan yang lemah, pihak ekstrimis dan penyanggah sekarang ini mempersoalkan kontrak sosial ini. Majlis Peguam kini telah menjadi sebuah parti politik yang percaya bahawa kepakarannya dalam undang-undang akan mengecualikan ianya daripada dipersoal tentang kelayakannya dan objektif politiknya.


44. UMNO Abdullah tidak berdaya menangkis apa-apa serangan terhadap kontrak sosial ini. Jika apa-apa terjadi Abdullah dan UMNO harus dipertanggungjawabkan.

Tuesday, July 29, 2008

Once a while..


Pagi tadi tengah sembang-sembang YM dengan 'sahabat lama' terkeluar cerita pasal lagu.Kebetulan pula aku memang music lover, memang kena sangat lah. hehe..tapi album Nazrey ex-Raihan di atas bukanlah termasuk dalam kategori yang aku suka sewaktu muda belia dulu..cuma pernahlah masa kat Smaasza, Batu Buruk tahun 1995-1996 aku bergaul juga dengan geng-geng berserban dan berjubah. Sekali sekala diorang perform lagu-lagu kumpulan The Zikr yang famous pada masa itu. (Masa tu Raihan belum wujud) The Zikr ni kalau tak silap aku, kumpulan yang ditubuhkan oleh ahli-ahli Al-Arqam yang sebelum tu belum lagi diharamkan oleh kerajaan. Oh yer, kawan-kawan berserban dan berjubah pada zaman sekolah dulu termasuk dalam aliran Thanawi, kitorang plak dari aliran sains. Apa salahnya geng sains campur dengan geng Thanawi..hehehe..diorang perform waktu ada majlis-majlis rasmi sekolah.
So tetiba tahun ni Si Nazrey ni keluarkan balik album Nostalgia Memori The Zikr untuk halwa telinga peminat mereka dulu. Aku baca kat paper terus sambar sekeping CD dengan harga RM28..memang sedap lagu-lagu nih..korang try lah!! Sure insaf punya lah dengar lagu-lagu seperti hehehe:

1. Secerah Pawana ( peberet bini aku)
2. Perantau (peberet aku)
3. Tak Seindah Sentuhan Mata
4. Wahai Kaum Muslimin..

ahh..banyak lagi lah!..

p/s: sekali sekala layan nasyid...orait gak laa!

~peja~!

Wednesday, July 23, 2008

Durian, anyone ?

Musim durian laa sekarang...sodapp!





Gambar2 di atas (kecuali yg last) aku snap masa belasah durian kt Pilah week-N lepass...heheh

~peja~

Friday, July 18, 2008

Seekor Labah-Labah Dalam Lubang Skru


Assalamualaikum saudara,



Apa khabar saudara? Semoga keimanan kita sama naiknya dengan harga petrol yang melambung J. Subhanallah, banyak yang sedang berlaku dalam persekitaran kita sampai kita pun tidak sempat hendak menebak dan memahami setiap satunya dengan wajar. Bagaimana reaksi saudara menghadapi kenaikan harga petrol?


Hmm... ada satu kisah yang menarik, ada seorang abang kami nak baiki radionya yang rosak. Dah lama radio tu rosak, dia saja yang bertangguh nak baiki. Akhirnya dia melapangkan masa untuk baiki radio tu. Masa abang kami nak masukkan pemutar skru dalam lubang skru di belakang radio tu dia terhenti sekejap. ”Ya, Allah, ada labah-labah dalam ni. Begitu banyak tempat dalam dunia ni kenapalah lubang skru ni yang dia pilih?” abang kami puas mengetuk-ngetuk supaya labah-labah tu keluar dari lubang skru. Kami terfikir. Hanya kerana harga petrol naik, semua orang melenting seolah-olah Tuhan tidak wujud lagi. Ada yang sampai berani kata ‘matilah aku kalau harga minyak naik lagi.’


Saudara pernah dengar kisah semut dalam zaman Nabi Sulaiman? Kami ceritakan sedikit sebagai ingatan. Kami memang suka bercerita pun. Dan dalam keadaan semua orang tegang ni, sekurang-kurangnya cerita boleh mengendurkan keadaan. Dalam zaman Nabi Sulaiman baginda bertanya seekor semut apakah makanan semut? Jawab semut dia hanya makan sebiji gandum sebulan. Nabi Sulaiman pun bawa semut balik ke istana dan letak semut dalam peliharaan baginda. Baginda berikan sebiji gandum kepada semut itu. Selepas sebulan, Nabi Sulaiman datang dan lihat masih ada separuh biji gandum yang tertinggal. Nabi Sulaiman pun berasa tidak senang hati. ”Kenapa kamu berbohong wahai semut?” tanya Nabi Sulaiman.


Saudara tahu apa jawapan semut? Kata semut memang dia makan sebiji gandum sebulan. Dulu dia dalam peliharaan Allah, dia bebas melata sana-sini mencari rezeki untuknya dan pasti Allah cukupkan dengan nilai sebiji gandum. Tapi sekarang dia dalam peliharaan Nabi Sulaiman dan terkurung pula. Dia takut Nabi Sulaiman terlupa menghantar sebiji gandum untuknya maka dia hanya makan separuh daripada yang diberikan oleh Nabi Sulaiman.


Kami rasa takjub saudara. Bagaimana haiwan yang tidak punya akal boleh begitu bertawakkal kepada Allah dalam urusan rezekinya. Labah-labah tentu tidak akan buat sarang dalam lubang skru jika dia tidak yakin Allah akan menghantar rezekinya ke situ. Jika melihat kisah semut pula selagi kita merdeka, maka kita tidak perlu risau, Allah akan mencukupkan rezeki kita. Kita hanya perlu berusaha mencarinya. Janganlah hanya kerana harga petrol naik kita jadi keliru sehingga terlupa segala tauhid rububiyyah yang tertanam dengan kalimah syahadah. Rezeki kita dalam tangan Allah. Biarlah kita memiliki rezeki yang berkat. Walaupun tidak banyak tetapi cukup.


Di kampus kami ada seorang pegawai yang dari dahulu berbasikal. Dia antara orang yang tetap gembira walaupun harga petrol naik. Ya, tentulah kerana dia naik basikal dan tak perlu guna petrol. Mungkin itu yang semua orang fikir. Tapi apa yang kami nampak, dia telah dari mula mengambil jalan memisahkan dirinya daripada perkara yang menjadi kebiasaan. Ketika semua pegawai berkereta besar, kenapa dia memilih basikal? Dia telah mewujudkan dunianya sendiri yang tidak bergantung sangat dengan perubahan mendadak persekitaran.


Kita juga harus belajar memisahkan diri dan emosi kita daripada sesuatu budaya yang dipaksa ke dalam diri. Kita disogokkan dengan idea bahawa kenaikan harga petrol akan menjejaskan seluruh kehidupan kita kerana harga petrol mempengaruhi segala yang lain. Begitu juga kita disogokkan dengan kekurangan beras akan memudaratkan kita kerana beras makanan ruji rakyat Malaysia.


Kita telah secara tidak sedar membeli budaya yang ‘dijual’ dan ‘dipromosikan’ kepada kita. Saudara, kami rasa kuasa dalam tangan kita lebih besar daripada itu. Kita ada hak untuk membuat perubahan dan perubahan mesti bermula daripada kita, daripada diri kepada keluarga, kepada masyarakat seterusnya kerajaan dan negara.Sampai sini dahulu saudara. Sekadar cetusan rasa kami agar saudara tenang dalam menghadapi gelombang harga petrol yang tidak menentu.


Yakinlah, Allah tidak mengurangi rezeki kita sedikitpun. Salam hormat penuh takzim. Wassalam.

J-Card Day @ JUSCO Seremban2

Malam tadi aku & otherhalf gerak ke Jusco Seremban2 gara-gara J-Card Member Special..1st time try :-).. Sesaja sekali sekala jalan-jalan cari pasal ..hehe! Giler ramai manusia..






Uniknya Malaysia!

Tuesday, July 15, 2008

Debat Anwar-Shabery. Apa kesimpulannya!


Banyak kesimpulannya!

1. Hujan Shabery lemah dan bersifat peribadi

2. Hujah Anwar bernas dan berfakta

3. Shabery tiada karisma sebagai pemimpin

4. Anwar ada karismatik, idealis, memukau

5. Shabery tidak dituduh meliwat

6. Anwar kena tuduh meliwat ( tgk muka tgh berdebat x logik org tua nih boleh meliwat ) MUSTAHIL! Kaki main 'bontot' kelu lidah untuk berdebat!
(
( Ada sesiapa berani menyanggah dipersilakan! ))

p/s: terpulanglah kepada audiens untuk menilai debat sihat ini. Mudah-mudahan Malaysia kekal makmur dan sentosa.

Sunday, July 13, 2008

Sebab dah ada permintaan dari SALIMI!

Maka aku perturunkan ulasan buku Blogger, A.Kadir Jasin Volume 1 di sini..hehe!

Selamat Membaca!
*************************************************************************************

Ulasan buku: Blogger, A.Kadir Jasin

By : Mohd Faizal Aziz

Teknologi komputer dan internet sekali lagi memberi peluang kepada mereka yang memanfaatkannya sebaik mungkin ke jalan yang betul seterusnya memberikan manfaat yang bukan sedikit kepada orang ramai.

Terbaru ialah buah tangan seorang penulis, pemberita, pemikir, pengkritik dan wartawan yang tidak asing lagi yang telah sekian lama menghambakan diri dalam dunia penulisan sejak tahun 1969 sehingga kini. Buah tangan yang dimaksudkan ialah sebuah buku berjudul ”Blogger A. Kadir Jasin”. Di dalam negara nama A Kadir Jasin tidak perlu diperkenalkan lagi dalam dunia akhbar dan penerbitan.

Dalam sejarah kerjaya, beliau pernah menyandang jawatan penting dalam dunia penerbitan dan akhbar antaranya ialah Editor Kumpulan NST Sdn Bhd, Ketua Editor NSTP Sdn Bhd dan Ketua Editor sebuah syarikat penerbitan terkenal , Berita Publishing Sdn Bhd.

Beliau pernah mencurahkan buah fikiran dan ideanya berbentuk tulisan dalam sebuah kolum yang tersendiri “Other Thots” di dalam majalah Malaysian Business sewaktu ketika dahulu. Selain itu beliau juga merupakan penulis beberapa buah buku yang menarik seperti Biar Putih Tulang (1998), Other Thots – Opinions & Observations (2001), The Wings of an Eagle (2003), Mencari Dugalia Huso (2006), Damned That Thots (2006) dan terkini ialah Blogger A. Kadir Jasin (2006).

A.Kadir Jasin telah mengambil inisiatif untuk melebarkan tulisan dan pandangan beliau melalui blog beliau di internet (www.kadirjasin.blogspot.com) ke dalam bentuk buku untuk dikongsi bersama dengan pembaca di Malaysia dengan judul ”Blogger A Kadir Jasin”.

Buku kecil terbitan 2006 setebal 241 halaman ini dimulakan dengan pengenalan tentang budaya menulis dan salah satu produk kecanggihan teknologi internet iaitu blog. Blog ataupun weblog menurut takrifan wikipedia, sebuah ensiklopedia percuma dalam talian merupakan laman web yang memuatkan bahan-bahan yang berbentuk dan bergaya jurnal atau diari oleh individu atau berkumpulan.

Penulis blog yang dikenali sebagai blogger akan memuatkan hasil karya dan tulisan mereka yang dinamakan tampalan (posting) ke dalamnya mengikut gaya dan kemampuan mereka yang tersendiri.

Penulisan di blog atau weblog ini bersifat rencam dan pelbagai. Ada yang menulis sekadar suka-suka tanpa ada sebarang tujuan tertentu atau sekadar untuk tidak tertinggal di belakang dalam kelimpahan teknologi internet. Ada yang menulis sekadar untuk mencari kawan dan hiburan serta mencatat aktiviti harian mereka. Ada juga penulis blog yang sudah dikenali ramai di luar, namun masih menggunakan saluran alternatif melalui weblog untuk meyampaikan buah fikiran, gagasan dan idea mereka melalui medium internet. Kebanyakan mereka ini mempunyai peminat dan penggemar setia yang selalu mengikuti perkembangan tulisan penulis-penulis ini baik di luar mahupun di dalam talian.

Ini lah yang dilakukan oleh A. Kadir Jasin. Beliau yang sudah pun mempunyai nama besar di luar menggunakan medium ini untuk terus menyampaikan pandangan dan pendapat beliau melalui teknologi internet yang mempunyai pengikutnya yang tersendiri dan hasilnya ialah sebuah blog yang segar, menarik, kritis dan kadang kala menyengat. Gaya tulisan beliau yang cermat, spontan, mesra dan bermaklumat terus meruntun minat pembaca untuk terus mengikuti tulisan-tulisan beliau lewat blog di internet.

Selain itu menurut penulis, blog merupakan media baru penyampaian selain akhbar, radio dan televisyen hasil dari pekembangan teknologi ICT sejak tahun 1990-an lagi. Tulisan berbentuk blog adalah lebih murah, cepat dan mudah serta boleh dilakukan di mana-mana sahaja selagi ada kemudahan telekomunikasi internet. Dengan cara ini beliau boleh terus berinteraksi dengan pembaca dengan lebih pantas dan mesra.

A Kadir Jasin memulakan tulisan pertama beliau di blog pada 28hb Februari 2006 dengan judul ”Mengatasi Beban Kenaikan Harga Minyak”. Sejak itu beliau telah menulis lebih dari 130 buah rencana berbahasa melayu dan inggeris mengenai pelbagai topik dan isu yang berlaku di dalam negara. Buku yang memuatkan tulisan beliau ini merupakan jilid pertama dari dua jilid yang akan diterbitkan. Di dalam keluaran ini dimuatkan 16 rencana tulisan beliau dengan pelbagai judul menarik dengan 4 daripadanya berbahasa Inggeris dengan tajuk ”Apologize and You Shall be Pardoned”, Can We Not Be a Vulgar?’, Cut Down on the Debate” dan ”Every Generation Has Its Heroes”. 12 lagi kupasan beliau yang mendapat perhatian pembaca menerusi tajuk-tajuk antaranya ialah “Rakyat dan Kakitangan Awam Sama Penting”, PM Janji Agihan Adil”, Bumiputera Terus Ketinggalan dan “Apabila Ahli Politik Bergegas ke Mahkamah”.

Apa yang menarik ialah, beliau turut memuatkan komentar-komentar bernas dari pembaca yang berkongsi pendapat dan pengalaman mereka tanpa sebarang suntingan disebabkan limitasi teknikal pelayan web blogger. Namun begitu kebanyakan komen dan pendapat ini dilakukan dengan jujur dan berhemah sesuai dengan saranan penulis supaya setiap pembaca dan pengkritik hendaklah berani dan jujur dalam memperkatakan sesuatu.

Buku ini merupakan produk yang baik hasil dari kecanggihan teknologi internet yang ditangani dengan berkesan oleh seorang penulis berwibawa dan berkarisma seperti A Kadir Jasin. Ia sesuai dibaca oleh semua golongan yang berminda terbuka dan berminat dengan isu-isu semasa yang berlegar sekitar Malaysia tanah air tercinta.

Tajuk buku : Blogger A. Kadir Jasin

Penulis : A. Kadir Jasin

Penerbit : Berita Publishing Sdn Bhd

Terbitan : 2006

Halaman : 233 muka surat

Pengulas : M_Faizal

"Agak-agak kalau aku tulis macam ni BM masa PMR dulu buleh dapat A tak dengan Cikgu Fauziah".. ;-)

p/s: Oh yer, Majalah Dewan Budaya bulan Julai 2008, ada rencana aku di muka surat 4 bertajuk Budaya Saintifik di Makmal Penyelidikan. Maklumlah, keje aku kat lab, tergerak hati nak tulis...heheh!

Tuesday, July 8, 2008

Riuh Rendah Politik Malaysia! Lebih Baik Baca Buku!


Kepada peminat cerita-cerita politik hasil renungan seorang penganalisis politik dan penulis terkemuka tanahair, A.Kadir Jasin boleh lah dapatkan buku ini. Awal tahun lepas, jilid 1 buku ini diterbitkan, aku sambar sebuah. Tahun ini, keluar lagi satu jilid 2. Buku kini sebenarnya kompilasi beberapa artikel menarik menerusi blog beliau www.kadirjasin.blogspot.com.
Tengah-tengah panas isu-isu politik tanahair, bagus juga kalau kita selak-selak buah fikiran mereka yang dah bergelumang dalam dunia persuratan dan politik sejak sekian lama.

Ini adalah promosi percuma buku ini memandangkan penulisnya adalah seorang yang tidak mengambil untung dari tulisan kritis beliau di blog melainkan setelah diibukukan. Mudah-mudahan usaha Datuk A Kadir Jasin diberikan ganjaran Tuhan untuk kebaikan negara kita..

p/s: Aku ada tulis ulasan buku ini dengan niat untuk dihantar ke suratkhabar. Lepas 2-3 kali baca balik, macam x sedap jer..cancel lah nak hantar..hehe! Tapi kalau ada sesiapa 'gelenya' nak baca ulasan aku berkenaan buku ini dalam bahasa yang lebih bertamadun, sila royak laa yer..nanti aku pos!!hehe..yaa auw auw!!

~peja~

Sunday, June 29, 2008

Kerja Kosong di SAPURA!!..Apply lerr!

Company : Sapura Machining Corporation Sdn. Bhd.

Jawatan : Quality Management System (QMS) Assistant
  • Kekosongan : 1 orang
  • Kelayakan :
  • Tawaran adalah terbuka kepada semua (Lelaki @ Wanita).

  • Memiliki sekurang-kurangnya sijil/Diploma di dalam bidang Kejuruteraan atau Sains(Mekanikal, Bahan, Kawalan Kualiti, Pengurusan Industri, Kejuruteraan Pemesinan) atau bidang berkaitan daripada institusi yang diiktiraf.

  • Memiliki sekurang-kurangnya 1 atau 2 tahun pengalaman di dalam audit (ISO 9000, ISO/TS 16949, ISO14001 dan OHSAS 18001.

  • Mereka yang mempunyai latihan, pengetahuan dan pendedahan dalam manufacturing process (automotive product) adalah diberi keutamaan.

  • Boleh berkomunikasi dengan baik ( Bahasa Inggeris dan Bahasa Malaysia) di semua peringkat kakitangan dan pihak luar.
  • Berkemahiran mengendalikan komputer – Microsoft Office.


Permohonan hendaklah dibuat secara bersurat berserta salinan sijil, dokumen-dokumen lain serta gambar berukuran passport (tidak dikembalikan) kepada;

Jabatan Sumber Manusia & Pentadbiran
Sapura Machining Corporation Sdn. Bhd.
No. 11, Jalan p/1, Seksyen 13
Kawasan Perindustrian Bangi
43650 Bandar Baru Bangi
Selangor Darul Ehsan
Tel. No : 03-89251618/Fax : 03-89251613


atau, untuk lebih mudah, sila e-mail kan resume anda kepada:

azrol@sapuraindustrial.com.my


Tarikh tutup permohonan : 15 July 2008

Monday, June 23, 2008

Buku

Aku post di sini berkenaan buku bukanlah untuk berlagak yang aku suka baca buku. Tapi rasanya bagus juga kalau dikongsi bersama perihal buku yang dibaca. Sedikit sebanyak mungkin boleh bagi semangat, sekurang-kurangnya untuk diri sendiri. hehe!

Ini pertama kali buku yang dibeli penulisnya berbangsa india dari negara India dan buku ini dibeli dikedai India, Seremban.... Berapa banyak India daa!. Puas aku cari buku ni di MPH, Kinokuniya secara online, tapi tak jumpa. Mungkin diorang tak support buku india kot. Ok itu cerita lain!

Ini kisah biografi Dr APJ Kalam berjudul Wings of Fire: An Autobiography of APJ Abdul Kalam

Selain bertugas sebagai saintis, Dr Kalam juga dilantik sebagai penasihat sains kepada Kementerian Pertahanan India 1991-1992. Beliau juga terlibat dalam projek persediaan transformasi India dari negara membangun menjadi negara maju yang dinamakan Technology Vision 2020. Seorang negawaran India yang terlibat dalam projek saintifik dan teknologi satelit serta missile lulusan Madras Institute of Technology ( MIT ). Walaupun US ada Massachusset Institute of Technology memiliki MIT mereka sendiri, India juga tidak ketinggalan. Pencapaian tertinggi Dr. Kalam ialah dilantik sebagai Presiden India yang ke-11 dari tahun 2002-2007.

Apa yang menarik dalam buku ini, beliau sedikit sebanyak mempunyai haluan dan cita-cita yang jelas untuk Negara India di samping latarbelakang saintifik yang mengkagumkan. Semangat dan kekuatan serta impian APJ Kalam berjaya mengubah budaya hidup bangsa India. kalau diperhatikan, ia seakan-akan cita-cita Tun Mahathir Mohamad sewaktu melancarkan Wawasan 2020 pada tahun 1991 dahulu. Buku ini juga mencetuskan semangat baru dalam budaya saintifik dan kelimuan warga India. Contohnya, India telah melahirkan pakar-pakar IT yang dikagumi seluruh dunia. Mereka juga mempunyai kuasa nuklear dalam ketenteraan. Kegiatan saintifik dan teknologi mereka juga tidk boleh dipandang ringan. Kemudian aku perhatikan pula di bawah pemerintahan Pak Lah sekarang, kemana perginya semangat Malaysia Boleh seperti yang diilhamkan oleh mantan PM..


Sedikit sebanyak selepas membaca 3 bab pertama buku ini, jelas menunjukkan bahawa pemikiran sains dan teknologi juga menjadi salah satu kriteria utama untuk menjadi seorang negarawan ulung. Selain itu kecerdikan pemimpin dan juga menteri-menteri yang terlibat dalam pembangunan sains dan teknologi mesti dipilih dari kalangan ilmuan... tak boleh main ikut sedap. Kaki raba pun jadi menteri apa ke hal!

ahh..aku kena habiskan buku ni!..to be cont....

Thursday, June 19, 2008

Tuesday, June 17, 2008

Rileks Minda #1!

Sion! Syion? Tion!


The moment you are in tension

You will lose your attention

Then you are in total confusion

And you’ll feel irritation

This may spoil your personal relation

Ultimately, you won’t get cooperation

And get thingd into complication

Then you may raise caution

And you have to take medication

Why not try understanding the situation

And try to think about solution

Many problems will be solved by discussion

Which will work out better in your profession

Don’t think this is a free suggestion

It is only for your preventation

If you understand my intention

You’ll never come again into tension….

From Buletin Jendela 2005, USM Library